KISAH RASUL-RASUL 2:1-4
KISAH RASUL-RASUL 2:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila hari Pentakosta tiba, semua orang yang percaya kepada Kristus berkumpul di satu tempat. Tiba-tiba terdengar bunyi dari langit seperti tiupan angin yang kuat. Bunyi itu memenuhi rumah tempat mereka sedang duduk. Lalu mereka nampak sesuatu yang menyerupai lidah api yang menjalar dan menghinggapi setiap orang di situ. Mereka semua dikuasai oleh Roh Allah. Mereka mula berkata-kata dalam pelbagai bahasa lain, menurut apa yang diberikan oleh Roh Allah kepada mereka.
KISAH RASUL-RASUL 2:1-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
SŬBARMULA tŭtkala sampielah hari Pentikosta, maka adalah sagala marika itu bŭrkampong dalam suatu tŭmpat dŭngan satu hati. Maka sŭkunyong kunyong turonlah deri langit suatu bunyi spŭrti angin kŭras mŭndŭru, sahingga mŭmŭnohilah iya akan sagala rumah yang ditŭmpat marika itu diam. Maka tŭrtampaklah pada marika itu bŭbrapa lidah spŭrti api yang tŭrbŭlah bŭlah, maka hinggaplah iya ka’atas masing masing marika itu. Maka hati skalian marika itu pun dipŭnohilah dŭngan Roh Alkudus; maka marika itu pun mŭmulailah bŭrkata kata dŭngan bahsa lain lain, spŭrti yang dikurniakan kwasa ulih Roh itu pada marika itu bŭrkata kata.
KISAH RASUL-RASUL 2:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Apabila tiba Hari Pentakosta, mereka semuanya bersama-sama di suatu tempat. Tiba-tiba kedengaran bunyi dari langit seperti angin kencang menderu, memenuhi seluruh rumah tempat mereka sedang duduk. Kemudian kelihatan lidah-lidah yang berbelah-belah, seperti api rupanya, dan setiap satu hinggap di atas setiap orang daripada mereka. Mereka semuanya dipenuhi Roh Kudus lalu mulai bertutur dalam pelbagai bahasa asing, seperti yang diberikan oleh Roh itu.