KISAH RASUL-RASUL 26:17-18
KISAH RASUL-RASUL 26:17-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku akan menyelamatkanmu daripada orang Yahudi dan bangsa lain juga. Aku akan mengutusmu kepada mereka, untuk mencelikkan mata mereka dan membawa mereka daripada kegelapan kepada cahaya, daripada kuasa Iblis kepada kuasa Allah. Dengan demikian mereka akan menerima pengampunan dosa dan tempat antara orang yang disucikan oleh iman kepada-Ku.’ ”
KISAH RASUL-RASUL 26:17-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku akan menyelamatkan engkau daripada bangsa Israel dan daripada bangsa lain yang bukan Yahudi. Aku mengutus engkau kepada mereka, untuk membuka mata mereka, supaya mereka keluar dari kegelapan dan memasuki cahaya yang terang; supaya mereka dilepaskan daripada kuasa Iblis lalu dikuasai oleh Allah. Oleh itu, dengan kepercayaan mereka kepada-Ku, dosa mereka akan diampunkan dan mereka akan menjadi umat yang dipilih oleh Allah.’ ”
KISAH RASUL-RASUL 26:17-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka akulah akan mŭlŭpaskan dikau deripada kaum itu, dan deripada orang sŭsat; maka skarang pun pada marika itulah juga aku mŭnyurohkan angkau. Supaya mŭmbukakan matanya, dan mŭmbalikkan marika itu deripada kagŭlapan kapada trang, dan deripada kwasa Shietan kapada kwasa Allah, supaya dosa marika itu diampuni, sŭrta didapatinya suatu pusaka diantara orang yang tŭlah disuchikan dŭngan bŭriman akan daku.