KISAH RASUL-RASUL 28:26-27
KISAH RASUL-RASUL 28:26-27 Alkitab Berita Baik (BM)
Allah berfirman, ‘Pergilah dan katakan hal ini kepada bangsa ini: Kamu akan mendengar dan mendengar, tetapi tidak faham; kamu akan melihat dan melihat, tetapi tidak nampak, kerana seolah-olah fikiran bangsa ini tumpul, telinga pekak, dan mata buta. Jika mereka tidak demikian, tentu mata mereka akan melihat, telinga akan mendengar, dan fikiran boleh mengerti, sehingga mereka akan kembali kepada-Ku, dan Aku pun akan menyembuhkan mereka.’ ”
KISAH RASUL-RASUL 28:26-27 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Katanya, Pŭrgilah angkau kapada kaum ini, katakanlah, Bahwa dŭngan pŭnŭngaran kamu akan mŭnŭngar, maka tiada juga kamu mŭngarti, dan dŭngan pŭnglihatan kamu akan mŭlihat, tŭtapi tiada juga kamu mŭngŭtahui. Kŭrna tŭlah tŭballah hati kaum itu, dau bŭratlah pŭnŭngaran tŭlinganya, maka ditutopkannya matanya, asal jangan iya mŭmandang dŭngan matanya, dan mŭnŭngar dŭngan tŭlinganya, sŭrta mŭngarti dŭngan hatinya, sambil bŭrtaubat, sahingga kusŭmbohkan dia itu.
KISAH RASUL-RASUL 28:26-27 Alkitab Versi Borneo (AVB)
‘Pergilah kepada bangsa ini dan katakan: Kamu akan mendengar tetapi tidak mengerti; Kamu terus melihat tetapi tidak mengetahui. Kerana hati umat ini telah buntu, mereka pekakkan telinga, dan pejamkan mata. Kalau tidak demikian, mereka tentu melihat dengan mata, mendengar dengan telinga, dan mengerti dengan hati, lalu berpaling kepada-Ku dan Aku menyembuhkan mereka.’ ”