KISAH RASUL-RASUL 5:28-32
KISAH RASUL-RASUL 5:28-32 Alkitab Berita Baik (BM)
“Dengan tegas kami melarang kamu mengajar berdasarkan ajaran orang itu. Tetapi sekarang lihatlah apa yang sudah kamu lakukan! Kamu menyebarkan ajaran kamu ke seluruh Yerusalem, dan kamu mahu mendakwa kami bertanggungjawab atas kematiannya.” Petrus dan rasul-rasul yang lain menjawab, “Kami harus taat kepada Allah dan bukan kepada manusia. Yesus yang tuan-tuan salibkan, sudah dibangkitkan daripada kematian oleh Allah yang disembah nenek moyang kita. Allah mengangkat Dia ke tempat yang berkuasa di sebelah kanan-Nya, untuk menjadi Pemimpin dan Penyelamat, supaya umat Israel mendapat peluang untuk bertaubat dan beroleh pengampunan dosa. Kami menjadi saksi dalam semua perkara ini - kami dan juga Roh Allah, yang dikurniakan oleh Allah kepada orang yang mentaati perintah-Nya.”
KISAH RASUL-RASUL 5:28-32 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Katanya, Bukankah sudah kami tŭgahkan dŭngan kras, bahwa jangan kamu mŭngajar dŭngan nama Isa itu; maka hieran kamu sudah mŭmŭnuhi Jerusalem ini dŭngan pŭngajaran kamu, maka kamu handak mŭndatangkan chilaka ka’atas kami derihal darah orang itu. Maka jawab Petros, dan sagala Rasol, Bahwa dŭngan saharusnya kami mŭnurot pŭrkataan Allah tŭrlebih deripada pŭrkataan manusia. Bahwa Allah nenek moyang kami tŭlah mŭnghidopkan Isa itu pula, yang tŭlah kamu bunoh, sŭrta mŭnggantong dia kapada kayu. Maka orang inilah ditinggikan Allah dŭngan tangan kananya, akan mŭnjadi Pŭnghulu, dan Pŭnulong, supaya mŭndatangkan taubat kapada sagala orang Israil, sŭrta mŭngamponi sagala dosa. Bahwasanya kami inilah saksinya atas pŭrkara yang tŭrsŭbut itu; dan lagi Roh Alkudus pun yang tŭlah dikurniakan Allah bagie sagala orang yang mŭnurot pŭrkataannya.
KISAH RASUL-RASUL 5:28-32 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Bukankah kami telah melarang keras kamu mengajar atas nama itu? Tetapi lihatlah, kamu telah menyebarkan ajaran itu ke serata Yerusalem dan berniat mempertanggungjawabkan kami atas kematian-Nya!” Petrus dan rasul yang lain menjawab, “Kami harus taat akan Allah, bukan manusia! Allah nenek moyang kita telah membangkitkan Yesus yang telah kamu bunuh dengan menyalib-Nya. Allah mengangkat Yesus kepada kedudukan mulia di sebelah kanan-Nya, sebagai Anak Raja dan Penyelamat, supaya umat Israel dapat bertaubat dan dosa-dosa mereka diampunkan. Kami menjadi saksi dalam semua hal ini, begitu juga Roh Kudus yang dikurniakan Allah kepada semua yang taat akan perintah-Nya.”