KISAH RASUL-RASUL 5:3-5
KISAH RASUL-RASUL 5:3-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu Petrus berkata kepadanya, “Ananias, mengapa kamu membiarkan Iblis menguasai hatimu, sehingga kamu berdusta terhadap Roh Allah dengan menyimpan sebahagian daripada wang penjualan tanahmu itu? Bukankah tanah itu milikmu, sebelum kamu menjualnya? Setelah kamu menjualnya, wangnya milikmu juga. Mengapa kamu berniat berbuat demikian? Kamu tidak berdusta terhadap manusia, tetapi terhadap Allah!” Sebaik sahaja Ananias mendengar kata-kata itu, dia jatuh lalu mati. Semua orang yang mendengar peristiwa itu menjadi takut.
KISAH RASUL-RASUL 5:3-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka bŭrkatalah Petros, Hie Ananias, mŭngapa hatimu diharau ulih shietan, mŭndustakan Roh Alkudus, dan mŭnyŭmbunyikan sŭparoh deripada harga tanah itu? Adapun tŭtkala bŭlom tŭrjual itu, bukankah angkau juga yang ampunya dia? dan tŭtkala sudah tŭrjual itu pun bukankah dalam kwasamu juga? maka apa sŭbabnya angkau mŭreka pŭrkara ini dalam hatimu? bahwa bukannya angkau bŭrdusta itu kapada manusia, mŭlainkan kapada Allah. Maka apabila didŭngar ulih Ananias sagala pŭrkataan itu, lalu rŭbahlah iya, sŭrta putus nyawanya; maka bŭrlakulah takot yang bŭsar atas sagala orang yang mŭnŭngar akan sagala pŭrkara ini.
KISAH RASUL-RASUL 5:3-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Petrus berkata, “Ananias, mengapakah Iblis memenuhi hatimu sehingga kau berdusta kepada Roh Kudus dengan menyimpan sebahagian wang jualan tanah itu untuk dirimu? Ketika tanah itu masih ada, bukankah tanah itu milikmu? Setelah dijual, bukankah wangnya dalam kawalanmu juga? Mengapakah kamu membentuk niat ini dalam hatimu? Kamu bukan berdusta kepada manusia tetapi kepada Allah.” Apabila Ananias mendengar kata-kata itu, dia pun rebah lalu meninggal dunia. Oleh yang demikian semua orang yang mendengar hal itu amat ketakutan.