KOLOSE 2:13-14
KOLOSE 2:13-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Dahulu kamu sudah mati secara rohani kerana kamu berdosa, dan juga kerana kamu bukan orang Yahudi dan tidak mengenal Taurat Musa. Tetapi sekarang Allah telah menghidupkan kamu bersama-sama Kristus. Allah telah mengampunkan semua dosa kita. Dia telah membatalkan surat hutang kita yang mengancam kita dengan syarat-syarat berat. Dia menghapuskan semuanya dengan menyalibkan surat hutang itu di kayu salib.
KOLOSE 2:13-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka ulih sŭbab kamu tŭlah mati dalam dosamu, dan ulih sŭbab tiada tubohmu bŭrsunat itu, maka dihidopkan kamu bŭrsama sama dŭngan Isa, kŭrna sudah diampunilah sagala kasalahanmu itu. Dan diparangnya tulisan tangan rukun rukun yang mŭlawan kami, yang tiada stuju dŭngan kami, dan dilalukannya itu sŭrta dipakukannya pada kayu salibnya.
KOLOSE 2:13-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kamu dahulu mati kerana melakukan dosa dan kerana tidak bersunat secara lahiriah. Allah telah menghidupkan kamu bersama Tuhan dan mengampunkan segala kesalahanmu. Dia telah memansuhkan hukum-hukum bertulis yang menghimpit dan menghalang kita; Dia telah mencabutnya dan memakukannya pada salib.