KOLOSE 3:1-19

KOLOSE 3:1-19 Alkitab Berita Baik (BM)

Kamu sudah dihidupkan semula bersama-sama Kristus. Oleh itu kamu harus mengingini perkara-perkara yang di syurga, di tempat Kristus duduk di atas takhta di sebelah kanan Allah. Hendaklah kamu memusatkan fikiran kepada perkara-perkara yang di syurga, bukan kepada perkara-perkara yang di bumi. Hal itu demikian kerana kamu sudah mati, dan hidup kamu tersembunyi dengan Kristus di dalam Allah. Hanya Kristus yang dapat menyebabkan hidup kamu betul-betul bererti, dan apabila Dia menampakkan diri lagi di bumi, kamu juga akan bersama-sama Dia dan menikmati kemuliaan-Nya! Oleh itu, matikanlah keinginan duniawi yang menguasai diri kamu, seperti perbuatan cabul, perkara yang tidak senonoh, hawa nafsu, keinginan yang jahat, dan ketamakan (kerana ketamakan itu serupa dengan penyembahan berhala). Perkara-perkara semacam itu membangkitkan kemurkaan Allah terhadap orang yang tidak menurut perintah-Nya. Dahulu kamu sendiri pun hidup menuruti keinginan-keinginan demikian, pada masa kamu dikuasai olehnya. Tetapi sekarang kamu tidak boleh berbuat hal-hal ini lagi: marah, mengamuk, dan mempunyai perasaan benci terhadap orang lain. Janganlah caci maki orang ataupun guna kata-kata lucah. Janganlah saling mendustai, kerana kamu sudah membuang hidup yang lama dengan semua sifatnya. Sekarang kamu menjadi manusia baru yang sentiasa dibaharui oleh Penciptanya iaitu Allah, supaya menjadi seperti Dia. Dengan demikian kamu dapat mengenal Allah dengan sempurna. Dengan demikian lenyaplah perbezaan antara orang bukan Yahudi dengan orang Yahudi, orang bersunat dengan orang yang tidak bersunat, orang asing dengan orang biadab, abdi dengan orang bebas. Kristuslah segala-galanya dan Dia bersatu dengan mereka semua. Kamu umat Allah. Allah mengasihi kamu dan memilih kamu supaya menjadi milik-Nya sendiri. Oleh itu, kamu harus berbelas kasihan, baik hati, rendah hati, lemah lembut, dan bersabar. Hendaklah kamu saling bersabar dan saling mengampuni apabila ada yang menaruh dendam terhadap orang lain. Kamu harus saling mengampuni sebagaimana Tuhan sudah mengampuni kamu. Di samping melakukan semua itu, kamu harus saling mengasihi, kerana kasih menyatupadukan kamu dengan sempurna. Hendaklah kedamaian yang diberikan oleh Kristus menolong kamu membuat keputusan tentang apa yang harus dilakukan, kerana Allah telah memanggil kamu supaya menjadi anggota satu tubuh, sehingga kamu dapat mengalami kedamaian itu. Bersyukurlah! Hendaklah ajaran Kristus yang penuh berkat meresap di hati kamu. Hendaklah kamu saling mengajar dan menasihati dengan segala kebijaksanaan. Nyanyikanlah mazmur, nyanyian pujian, dan lagu rohani. Bernyanyilah untuk Allah dengan perasaan syukur di dalam hati. Segala sesuatu yang kamu lakukan atau katakan, haruslah dilakukan demi nama Tuhan Yesus, sambil bersyukur kepada Allah Bapa bagi apa yang dilakukan oleh Tuhan Yesus untuk kamu. Hai isteri, taatlah kepada suami, kerana demikianlah seharusnya kelakuan kamu sebagai orang Kristian. Hai suami, kasihilah isteri dan janganlah berlaku kasar terhadap mereka.

KOLOSE 3:1-19 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

MAKA jikalau kiranya kamu tŭlah dibangkitkan sŭrta dŭngan Almasih, charilah pŭrkara pŭrkara yang diatas, ditŭmpat Almasih ada sŭmayam dikanan Allah. Maka tujukanlah ingatanmu kapada pŭrkara pŭrkara yang diatas, bukannya kapada pŭrkara pŭrkara yang dibumi. Kŭrna kamu ini sudah mati, maka hayatmu itn tŭrlindong sŭrta dŭngan Almasih bagie Allah. Maka apabila kŭlak Almasih, hayat kami itu kŭlak nyata, maka pada masa itulah kamu pun kŭlak nyatalah sŭrtanya dalam kamuliaan. Sŭbab itu matikanlah sagala anggotamu yang diatas bumi ini; iya itu, zinah dan kachŭmaran, dan nafsu yang nŭjis, dan kainginan yang jahat, dan tŭmaa, maka iya itulah bŭrhala: Maka sŭbab sagala pŭrkara itulah mŭndatangkan morka Allah atas sagala anak anak dŭrhaka. Adapun dalam hal yang dŭmkianlah, kamu tŭlah bŭrlaku dahulu, tŭtkala kamu hidop dalamnya; Tŭtapi skarang handaklah kamu mŭmbuangkan sagala pŭrkara inipun; iya itu marah, dan iri hati, dan dŭngki, dan hujat, dan pŭrkataan kotor yang kluar deri mulot kamu. Maka janganlah kamu bŭrdusta sa’orang dŭngan sa’orang, sŭbab tampaknya kamu sudah mŭninggalkan prangie manusia yang lama, sŭrta dŭngan sagala klakuannya. Dan kamu tŭlah mŭmakie prangie manusia yang bahru, yang dibahrui dalam pŭngatahuan, mŭnurot tuladan yang tŭlah mŭnjadikan dia itu. Baik bukan Grika, atau Yahudi, baik bŭrsunat, atau tidak bŭrsunat, baik Babar, atau Tatar, baik abdi, atau mŭrdehka; tŭtapi Almasih bagie skalian, dan dalam skalian. Sŭbab itu, spŭrti orang orang pilahan Allah, yang suchi dan kŭkasih, pakiekanlah kamewahan hati, dan kasihan dan rŭndah hati, dan lŭmah lŭmbut, dan panjang hati. Sabarlah sa’orang akan sa’orang, dan maafkanlah sa’orang akan sa’orang, jikalau ada barang sa’orang bŭrsalah akan sa’orang; spŭrti kamu pun tŭlah diampuni ulih Almasih, maka dŭmkianlah juga handaknya kamu pun bŭrbuat. Adapun atas sagala pŭrkara inipun, tarohkanlah kasih, iya itulah pŭngikat kasampornaan. Biarlah kiranya sŭjahtra deripada Allah itu bŭrkrajaan dalam hati kamu, maka deri hal itulah juga kamu tŭlah dijŭmpot akan mŭnjadi suatu tuboh; maka mŭnguchap shukorlah. Maka biarlah kiranya pŭrkataan Almasih itu tinggal dalam hati kamu bŭrlempah lempah dalam sagala budi; mŭngajar dan mŭmbri nasihat sa’orang dŭngan sa’orang, dŭngan mazmor mazmor, dan puji pujian, dan shayer ilham Roh, mŭnyanyilah dŭngan anugrah bagie Tuhan Isa. Maka barang suatu yang kamu pŭrbuat, baik dŭngan pŭrkataan, baik dŭngan pŭkŭrjaan, maka handaklah kamu bŭrbuat skalian itu dŭngan nama Tuhan Isa, mŭnguchap shukorlah dŭngan bŭrkatnya kapada Allah iya itu Ayah. Istri istri, handaklah kamu tundok pada suamimu sŭndiri, dŭngan bŭrpatutan dalam agama Tuhan. Suami suami, handaklah kamu mŭngasihi istrimu, dan janganlah mŭnaroh hati hangat akan dia.

KOLOSE 3:1-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Dengan demikian, jika kamu telah dibangkitkan bersama Kristus, carilah perkara-perkara yang berkaitan dengan syurga, tempat Kristus duduk di sebelah kanan Allah. Tumpukan pemikiranmu kepada hal-hal di syurga, bukan hal-hal di bumi. Kerana kamu telah mati, dan hidupmu tersembunyi bersama Kristus dalam Allah. Apabila Kristus yang merupakan kehidupan kamu itu muncul, kamu akan muncul bersama-Nya dalam kemuliaan. Oleh itu, matikanlah dalam dirimu segala yang bersifat dunia: perbuatan cabul, kecemaran, hawa nafsu, keinginan jahat dan tamak haloba, yang sama dengan menyembah berhala. Disebabkan semua inilah kemurkaan Allah akan menimpa anak-anak derhaka. Dulu kamu pun berkelakuan demikian, pada masa kamu masih dalam kehidupan itu. Tetapi sekarang kamu haruslah menyingkirkan segalanya seperti: marah, geram, niat jahat, menghina Allah, mengeluarkan kata-kata kotor dari mulutmu. Jangan bercakap bohong satu sama lain, kerana kamu sudah melucutkan dirimu yang lama itu dengan segala kelakuannya dan mengenakan diri yang baru, yang terus-menerus diperbaharu dengan pengetahuan menurut rupa Allah yang menjadikannya. Dengan demikian tiada lagi orang Yunani atau orang Yahudi, orang bersunat atau orang tidak bersunat, orang gasar, orang Skit, hamba atau merdeka. Kristus segala-galanya dan dalam segala-galanya. Sebagai orang pilihan Allah yang suci dan amat dikasihi-Nya kamu haruslah bersifat belas kasih, baik budi, rendah hati, lemah lembut dan sabar. Bersabarlah terhadap satu sama lain, maaf-memaafi, jika seseorang ada sesuatu aduan terhadap yang lain. Sebagaimana Tuhan telah mengampuni kamu, demikianlah kamu harus mengampuni sesama sendiri. Paling utama amalkanlah kasih, ikatan dan penyatu yang sempurna. Biarlah damai Kristus menguasai hatimu. Kamu telah dipanggil untuk mendapat damai itu dalam satu tubuh. Kamu haruslah bersyukur. Biarlah sabda Kristus menetap dalam dirimu dengan segala kekayaan dan kebijaksanaannya. Ajar dan nasihati satu sama lain dengan mazmur, lagu pujian dan nyanyian rohani, serta nyanyikanlah lagu rohani dengan rasa syukur kepada Allah dalam hatimu. Segala yang kamu katakan dan lakukan haruslah dengan nama Tuhan Yesus sambil mengucap syukur kepada Bapa kita Allah melalui-Nya. Isteri, tunduklah kepada suamimu, sebagaimana yang patut dalam Tuhan. Suami, kasihilah isterimu dan jangan berlaku keras terhadapnya.