KOLOSE 3:10-11
KOLOSE 3:10-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Sekarang kamu menjadi manusia baru yang sentiasa dibaharui oleh Penciptanya iaitu Allah, supaya menjadi seperti Dia. Dengan demikian kamu dapat mengenal Allah dengan sempurna. Dengan demikian lenyaplah perbezaan antara orang bukan Yahudi dengan orang Yahudi, orang bersunat dengan orang yang tidak bersunat, orang asing dengan orang biadab, abdi dengan orang bebas. Kristuslah segala-galanya dan Dia bersatu dengan mereka semua.
KOLOSE 3:10-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Dan kamu tŭlah mŭmakie prangie manusia yang bahru, yang dibahrui dalam pŭngatahuan, mŭnurot tuladan yang tŭlah mŭnjadikan dia itu. Baik bukan Grika, atau Yahudi, baik bŭrsunat, atau tidak bŭrsunat, baik Babar, atau Tatar, baik abdi, atau mŭrdehka; tŭtapi Almasih bagie skalian, dan dalam skalian.
KOLOSE 3:10-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
dan mengenakan diri yang baru, yang terus-menerus diperbaharu dengan pengetahuan menurut rupa Allah yang menjadikannya. Dengan demikian tiada lagi orang Yunani atau orang Yahudi, orang bersunat atau orang tidak bersunat, orang gasar, orang Skit, hamba atau merdeka. Kristus segala-galanya dan dalam segala-galanya.