ULANGAN 5:15 - Compare All Versions

ULANGAN 5:15 BM (Alkitab Berita Baik)

Ingatlah bahawa dahulu kamu diperhamba di negeri Mesir, dan Aku TUHAN, Allah kamu, membebaskan kamu dengan kuasa dan kekuatan-Ku yang besar. Itulah sebabnya Aku memerintah kamu untuk merayakan hari Sabat.

ULANGAN 5:15 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Ingatlah bahawa kamu pun pernah menjadi hamba di Tanah Mesir, tetapi TUHAN, Allahmu, telah membawa kamu keluar dari sana dengan tangan yang perkasa dan lengan yang terhulur. Itulah sebabnya TUHAN, Allahmu, memerintahkan kamu untuk memelihara hari Sabat.