ULANGAN 5:9-10 - Compare All Versions
ULANGAN 5:9-10 BM (Alkitab Berita Baik)
Jangan sujud kepada berhala apa pun, atau memujanya, kerana Akulah TUHAN, Allah kamu dan Aku tidak mahu disamakan dengan apa-apa pun. Aku menghukum orang yang membenci Aku. Aku juga menghukum keturunan mereka sehingga generasi yang ketiga dan keempat. Tetapi Aku menunjukkan kasih-Ku kepada beribu-ribu generasi orang yang mengasihi Aku, dan yang taat kepada hukum-Ku.
ULANGAN 5:9-10 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Jangan sujud menyembahnya atau beribadat kepadanya, kerana Aku, TUHAN, Allahmu, Allah yang cemburu. Aku membalas kesalahan ayah kepada anak-anaknya, kepada keturunan ketiga dan keempat daripada kalangan yang membenci Aku. Namun demikian, Aku menunjukkan kasih setia-Ku kepada keturunan yang keseribu dalam kalangan mereka yang mengasihi Aku dan yang taat berpegang teguh pada segala perintah-Ku.