ULANGAN 8:7-9 - Compare All Versions

ULANGAN 8:7-9 BM (Alkitab Berita Baik)

TUHAN, Allah kamu sedang membawa kamu ke tanah yang subur, tanah yang mempunyai sungai dan mata air, serta sungai kecil di bawah tanah yang memancur ke lembah-lembah dan bukit-bukit; tanah yang menghasilkan gandum dan barli, buah anggur, buah ara, buah delima, buah zaitun, dan madu. Di sana kamu tidak akan kelaparan atau kekurangan apa-apa. Batu di tanah itu mengandungi besi dan kamu dapat melombong tembaga di bukit-bukit.

ULANGAN 8:7-9 AVB (Alkitab Versi Borneo)

TUHAN, Allahmu, sedang menghantar kamu ke negeri yang baik, iaitu negeri dengan aliran sungai, mata air, dan sumber air yang dalam, yang memancar di lembah-lembah serta di gunung-gunung; negeri dengan gandum, barli, pokok anggur, pokok ara, dan pokok delima; negeri dengan minyak zaitun dan madu. Di negeri itu kamu akan makan roti tanpa harus berjimat, dan kamu tidak akan kekurangan sesuatu pun. Batu-batan di negeri itu juga mengandungi besi, dan daripada pergunungannya kamu dapat menggali tembaga.