EFESUS 1:18-21
EFESUS 1:18-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku memohon agar Allah menjadikan fikiran kamu terbuka untuk memahami ajaran-Nya. Dengan demikian kamu mengetahui apa yang dapat kamu harapkan daripada Allah yang memanggil kamu. Betapa indah dan berlimpah-limpahnya berkat yang dijanjikan oleh Allah kepada umat-Nya, serta betapa besar kuasa-Nya yang menolong kita, orang yang percaya kepada Kristus. Kuasa itu seperti kuasa yang digunakan oleh Allah ketika Dia membangkitkan Kristus daripada kematian, lalu memberi Dia tempat duduk di sebelah kanan-Nya di syurga. Di situ Kristus berkuasa atas semua pemerintah, penguasa, pemimpin, dan raja. Kristus jauh lebih berkuasa daripada sesiapa pun, baik yang hidup pada zaman ini mahupun pada zaman yang akan datang.
EFESUS 1:18-21 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun sŭbab mata akal kamu itu tŭlah ditrangkan, bulihlah kamu dapat mŭngatahui akan hal hara jpŭmpotannya itu, dan apakah kŭkayaan kamulian pusakanya itu bagie orang orang salih adanya. Dan apakah tŭrsangat kabŭsaran kwasanya kapada kami yang pŭrchaya ini, mŭnurot pŭkŭrjaan yang deripada amat kwasanya itu? Yang tŭlah dilakukannya kapada Almasih, tŭtkala dibangkitkannya akan dia deripada matinya, dan didudokkannya akan dia disŭblah kanannya sŭndiri dalam shorga. Iya itu tŭrlebih tinggi deripada sagala kŭpala pŭmrentah, dan pŭnguasaan, dan kwasa, dan pŭmrentahan, dan deripada sagala nama yang dinamai, bukannya dalam dunia ini sahja, mŭlainkan dalam yang akan datang pun.
EFESUS 1:18-21 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Semoga Allah menerangkan mata hatimu untuk mengetahui harapan daripada panggilan-Nya, limpah kemuliaan warisan-Nya dalam orang yang salih, dan betapa besar kuasa-Nya bagi kita yang beriman. Demikianlah pelaksanaan kuasa-Nya yang agung itu dalam Kristus apabila membangkitkan-Nya daripada kematian dan mendudukkan-Nya di sebelah kanan-Nya di syurga. Allah meletakkan Kristus jauh di atas segala penguasa dan kekuasaan, kuasa dan pemerintahan, dan setiap nama yang dinamakan, bukan sahaja pada zaman ini tetapi juga pada zaman akan datang.