EFESUS 2:1-3
EFESUS 2:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Dahulu kamu mati secara rohani, kerana kamu tidak taat kepada perintah Allah dan kamu berdosa. Pada masa itu hidup kamu mengikut cara hidup yang jahat daripada orang di dunia ini. Kamu mentaati penguasa roh-roh jahat di angkasa, iaitu roh yang sekarang menguasai orang yang tidak taat kepada Allah. Sebenarnya dahulu kita semua seperti mereka. Kita hidup mengikut tabiat manusia dan melakukan segala sesuatu yang dikehendaki tubuh dan fikiran kita. Seperti orang lain, kita pun kena kemurkaan Allah.
EFESUS 2:1-3 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA kamu tŭlah dihidopkannya yang tŭlah mati dalam kŭsalahan dan dosa. Dalam hal yang dŭmkian, pada masa yang tŭlah lalu, kamu tŭlah mŭlakukan mŭnurot kahandak hawa nafsu dunia, mŭnurot pŭnghulu pŭnguasaan udara ini, iya itu roh yang ada bŭkŭrja skarang ini dalam hati anak anak dŭrhaka. Maka diantaranyalah kami skalian inipun, pada masa yang tŭlah lalu, mŭlakukan mŭnurot sagala kainginan nafsu kami, mŭnchukopi kahandak hawa nafsu dan ingatan itu, dan tŭlah jadi deripada asalnya anak anak yang kŭna morka, spŭrti orang lain lain pun
EFESUS 2:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kamu telah mati akibat kesalahan dan dosa yang dahulu kamu lakukan menurut jalan dunia, menurut raja segala kuasa di udara, roh yang sekarang bertindak dalam diri anak-anak derhaka. Kami semua juga pernah hidup sedemikian, memuaskan hawa nafsu, menunaikan kehendak tubuh dan fikiran, dan secara tabii merupakan anak-anak yang dimurkai, seperti yang lain juga.