EFESUS 3:1-6
EFESUS 3:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Itulah sebabnya aku, Paulus, dipenjarakan kerana Kristus Yesus untuk kepentingan kamu orang bukan Yahudi. Tentu kamu sudah mendengar berita bahawa Allah, kerana rahmat-Nya telah memberi aku tugas ini untuk kepentingan kamu. Allah menyatakan rancangan-Nya yang dirahsiakan dan memberitahukannya kepadaku. (Hal itu sudah aku tulis dengan singkat. Jika kamu membacanya, kamu akan memahami pengertianku tentang rahsia Kristus.) Pada masa yang lampau manusia tidak diberitahukan rahsia itu, tetapi sekarang Roh Allah telah menyatakannya kepada para rasul dan nabi yang mengabdikan diri kepada Allah. Inilah rahsia itu: Melalui Berita Baik itu orang bukan Yahudi turut menerima berkat Allah bersama-sama orang Yahudi. Orang bukan Yahudi menjadi anggota daripada tubuh yang sama, dan menerima apa yang dijanjikan oleh Allah melalui Kristus Yesus.
EFESUS 3:1-6 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA sŭbab itulah aku ini Paulus, yang ada tŭrblunggu kŭrna Isa Almasih, ulih sŭbab kamu orang sŭsat. Jikalau kiranya kamu tŭlah mŭnŭngar pratoran anugrah Allah, yang tŭlah disampiekan padaku itu bagie kamu, Bagimana ulih pŭrtunjokkan Allah tŭlah mŭnyatakan padaku rahsia itu, spŭrti yang tŭlah aku sŭbutkan dalam surat kirimanku dahulu itu dŭngan rengkasnya. Maka apabila kamu mŭmbachakan dia itu, bulihlah kamu mŭngarti pŭngatahuanku akan rahsia Isa Almasih itu, Yang bŭlom pŭrnah dinyatakannya pada zaman dahulu diantara sagala anak anak manusia, spŭrti yang skarang ini yang tŭlah nyata kapada sagala rasul rasul, dan sagala nabi nabi yang suchi itu, ulih Roh. Iya itu supaya orang orang sŭsat itupun jadi sama warith, dan sama tuboh, dan sama pŭrulihan pŭrjanjiannya dalam Almasih, ulih sŭbab Injil.
EFESUS 3:1-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dengan demikian aku, Paulus, yang terpenjara kerana Kristus Yesus untuk kamu, orang bukan orang Israel. Tentu kamu telah mendengar, bahawa aku diberi tugas melaksanakan kasih kurnia Allah untukmu. Melalui wahyu, Allah telah memberitahuku rahsia itu sebagaimana sudah kutuliskan secara ringkas. Apabila kamu membacanya kamu akan mengerti pengetahuanku dalam rahsia Kristus. Pada zaman-zaman silam rahsia itu tidak diberitahu kepada anak manusia, sebagaimana sekarang telah dinyatakan oleh Roh kepada para rasul dan para nabi-Nya yang suci — bahawa bangsa-bangsa asing sama-sama menjadi waris, satu tubuh, dan sama-sama mendapat bahagian daripada perjanjian Allah dalam Kristus Yesus melalui Injil.