EFESUS 4:1-3
EFESUS 4:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Itulah sebabnya aku - orang yang dipenjarakan kerana mengabdikan diri kepada Tuhan - menggesa kamu supaya hidup sesuai dengan cara hidup yang ditetapkan oleh Allah ketika Dia memanggil kamu. Hendaklah kamu sentiasa rendah hati, lemah lembut, dan sabar. Tunjukkanlah kasihmu dengan saling membantu. Berusahalah sebaik-baiknya untuk hidup damai, supaya kesatuan yang diberikan oleh Roh Allah tetap terpelihara.
EFESUS 4:1-3 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA sŭbab itu aku, sa’orang yang tŭrblunggu kŭrna Tuhan, mŭmohonkan kapada kamu, supaya kamu mŭlakukan dŭngan spatutnya dalam jawatan yang kamu dijŭmpot itu. Dŭngan amat rŭndah hati, dan lŭmah lŭmbut, sŭrta dŭngan panjang hati, mŭnahani sa’orang akan sa’orang dalam kasih. Maka dŭngan sŭbulih bulihnya mŭmliharakan pŭrhubongan Roh itu dŭngan tambatan damie.
EFESUS 4:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu aku, yang terpenjara kerana Tuhan, merayu agar kamu, sebagai orang yang telah dipanggil, hiduplah berpadanan dengan panggilan itu. Kamu haruslah selalu rendah hati dan lemah lembut; sabar, bertolak ansur satu sama lain dalam kasih, dan berusaha memelihara perpaduan dalam Roh dengan ikatan sejahtera.