EFESUS 4:15-16
EFESUS 4:15-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Sebaliknya, kita harus mengatakan perkara-perkara benar dengan hati yang penuh kasih, sehingga kita menjadi matang dalam segala hal dan menjadi seperti Kristus, iaitu kepala jemaah. Di bawah pimpinan-Nya, semua anggota tubuh yang berlainan itu tersusun rapi, dan seluruh tubuh itu dihubungkan oleh sendi-sendi yang sudah tersedia. Oleh itu, apabila setiap anggota bekerja dengan sepatutnya, seluruh tubuh itu akan membesar dan menjadi kuat, kerana kasih.
EFESUS 4:15-16 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Mŭlainkan bŭrkata kata bŭnar dŭngan kasih, supaya kŭlak bŭrtambah tambahlah kami dalam sagala sŭsuatu itu, mŭnurot dia yang mŭnjadi kŭpala, iya itulah Almasih. Maka deripadanyalah sŭgŭnap tuboh itu tŭrhubong bŭrsama sama dŭngan rapatnya, sŭrta tŭrlangkaplah dŭngan pŭrkara yang ditulong ulih tiap tiap sambongan, mŭnurot kwasa yang bŭrlaku dalam ukoran bahgian masing masing, iya itu mŭnjadi tambahan tuboh itu, akan mŭmbaiki dirinya itu dalam kasih.
EFESUS 4:15-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sebaliknya, kita sentiasa bercakap benar dalam kasih, dan bertumbuh dalam segala hal ke arah Dia yang menjadi Kepala, iaitu Kristus. Daripada-Nya, seluruh tubuh yang dihubungkan dan dijalin erat oleh setiap sendi dalam kelengkapannya manakala setiap bahagian menjalankan peranan masing-masing, bertumbuh untuk meneguhkan dirinya dalam kasih.