EFESUS 4:22-24
EFESUS 4:22-24 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, buanglah cara hidup yang lama, yang menyebabkan kamu berkelakuan seperti dahulu. Cara hidup itu membinasakan kamu, kerana kamu dikuasai keinginan yang menyesatkan. Hati dan fikiran kamu haruslah dibaharui seluruhnya. Hendaklah kamu hidup seperti manusia baru, yang diciptakan menurut rupa Allah. Dengan demikian orang dapat melihat bahawa kamu mengamalkan hidup yang menyenangkan hati Allah dan yang suci.
EFESUS 4:22-24 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka buanglah kamu klakuan yang dahulu, iya itu manusia lama itu, yang rosak adanya, ulih sŭbab kainginan kainginan pŭnipu adanya. Maka jadilah bahru tabiat akalmu itu. Dan pakiekanlah kamu akan manusia bahru itu, yang tŭlah dijadikan Allah bagie tuladannya dalam kabŭnaran, dan kasuchian yang sŭbŭnar bŭnarnya.
EFESUS 4:22-24 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Berkenaan kelakuanmu yang dahulu, kamu menyingkirkan dirimu yang lama, yang dirosakkan oleh hawa nafsu tipu daya; dan kamu diperbaharu dalam roh pemikiranmu; serta berubah kepada diri baru yang dicipta menurut teladan Allah dalam perbenaran dan kesucian sejati.