EFESUS 5:11-14
EFESUS 5:11-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Janganlah lakukan perbuatan tidak berguna, yang biasa dilakukan oleh orang yang hidup dalam kegelapan. Sebaliknya, kamu harus mendedahkan perkara-perkara itu. ( Sebenarnya hal-hal yang dilakukan mereka dengan diam-diam amat memalukan untuk dipercakapkan.) Segala sesuatu akan kelihatan dengan jelas, apabila disinari cahaya, kerana segala sesuatu yang dapat dilihat dengan jelas, adalah cahaya. Itulah sebabnya dikatakan, “Bangunlah, hai kamu yang tidur, dan bangkitlah daripada kematian! Kristus akan menyinari kamu.”
EFESUS 5:11-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka janganlah kamu sŭdaya dŭngan pŭrbuatan yang glap yang tiada mŭmbri buah itu, tŭtapi tŭrlŭbih baik kamu mŭnŭgorkan dia. Kŭrna malulah adanya, jikalau disŭbutkan barang pŭrkara yang dipŭrbuat ulih marika itu dŭngan tŭrsŭmbunyi skalipun. Tŭtapi sagala pŭrkara yang patut ditŭgorkan itu, iya itu tŭlah dinyatakan ulih trang, kŭrna sagala sŭsuatu yang mŭnyatakan iya itulah trang adanya. Maka sŭbab itulah Allah bŭrfŭrman, Bangunlah angkau hie pŭnidor, dan bŭrbangkitlah deripada mati, maka Almasih kŭlak akan mŭnŭrangkan kamu.
EFESUS 5:11-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jangan bersubahat dengan perbuatan gelap yang tidak berfaedah, sebaliknya dedahkan perbuatan itu. Sebabnya perkara-perkara yang dilakukan oleh mereka secara rahsia itu, jika disebut pun adalah memalukan. Tetapi segala yang didedahkan itu dinyatakan oleh cahaya, kerana yang menyatakan adalah cahaya. Oleh itu, firman Tuhan: “Bangunlah, hai kamu yang tidur, bangkit daripada kematian, dan Kristus akan memberimu cahaya.”