EFESUS 6:10-12
EFESUS 6:10-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Akhirnya, binalah kekuatan kamu dengan menerima kekuatan daripada kuasa Tuhan, kerana kamu hidup bersatu dengan Dia. Pakailah seluruh perlengkapan senjata daripada Allah, supaya kamu dapat mempertahankan diri daripada muslihat Iblis yang jahat. Hal itu demikian kerana kita tidak berjuang melawan manusia, tetapi melawan segala kuasa jahat di angkasa, iaitu roh-roh yang berkuasa dan yang memerintah zaman yang gelap ini.
EFESUS 6:10-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Akhirnya saudara saudaraku, handaklah kamu gagah bagie Tuhan, sŭrta dŭngan kuat kwasanya. Maka kŭnakanlah sagala kŭlangkapan pŭprangan Allah, supaya kŭlak kamu bulih bŭrdiri mŭlawan sagala daya upaya iblis. Kŭrna kami tiada bŭrgumul mŭlawan darah daging, mŭlainkan iya itu mŭlawan sagala pŭnghulu, dan sagala pŭnguasaan, dan sagala pŭmrentah kaglapan dunia ini, dan mŭlawan sagala kajahatan jin ditŭmpat tinggi.
EFESUS 6:10-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Akhir kata, saudara-saudaraku, hendaklah kamu kuat dalam Tuhan dan dalam kekuatan kuasa-Nya. Pakailah selengkap senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan terhadap tipu daya iblis. Sebabnya kita berlawan bukan dengan darah dan daging, tetapi dengan para penghulu dunia daripada kegelapan zaman ini, para pemerintah dan penguasanya, dan tentera roh iblis di udara.