ESTER 6:1-2
ESTER 6:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada malam itu juga raja tidak dapat beradu. Oleh itu, raja minta supaya catatan rasmi kerajaan diambil dan raja menyuruh orang membacakannya. Bahagian yang dibaca termasuk catatan bahawa Mordekhai sudah melaporkan komplot pembunuhan raja, yang dirancang oleh Bigtan dan Teres, dua orang sida-sida yang menjaga bilik-bilik raja.
Kongsi
Baca ESTER 6ESTER 6:1-2 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada malam itu raja tidak dapat tidur lalu baginda memerintahkan agar kitab catatan babad diambil dan dibaca di hadapan baginda. Ada tertulis di dalam babad bahawa Mordekhai pernah melaporkan Bigtan dan Teres, dua orang sida raja yang menjaga pintu masuk kediaman diraja, berikhtiar untuk membunuh Raja Ahasyweros.
Kongsi
Baca ESTER 6