KELUARAN 17:6-7
KELUARAN 17:6-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku akan hadir di hadapanmu di atas batu pejal di Horeb. Pukullah batu pejal itu, maka air akan keluar dari dalamnya sehingga bangsa itu dapat minum.” Lalu Musa melaksanakan hal itu di hadapan mata para tua-tua Israel. Dinamainya tempat itu Masa dan Meriba, kerana di sana orang Israel berbantah-bantah dan mencubai TUHAN dengan berkata, “Hadirkah TUHAN dalam kalangan kita atau tidak?”
Kongsi
Baca KELUARAN 17KELUARAN 17:6-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku akan berdiri di hadapan kamu di atas sebuah batu besar di Gunung Sinai. Pukullah batu itu, maka air akan memancar untuk diminum orang.” Musa melakukan hal itu di hadapan para pemimpin orang Israel. Tempat itu dinamakan Masa dan Meriba kerana orang Israel bersungut-sungut dan menguji TUHAN ketika mereka bertanya, “Adakah TUHAN menyertai kita atau tidak?”
Kongsi
Baca KELUARAN 17