YEHEZKIEL 24:14 - Bandingkan Semua Versi

YEHEZKIEL 24:14 BM (Alkitab Berita Baik)

Aku, TUHAN Raja telah berfirman. Sudah tiba masanya bagi Aku bertindak. Aku tidak akan melupakan dosamu ataupun menunjukkan belas kasihan kepadamu. Engkau akan dihukum kerana perbuatanmu.” TUHAN Raja telah berfirman.

YEHEZKIEL 24:14 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Aku, TUHAN, telah berfirman. Hal itu akan terjadi dan akan Kulaksanakan. Aku tidak akan melalaikannya, tidak akan berasa hiba, dan tidak akan berbelas kasihan. Engkau akan dihakimi menurut kelakuanmu dan perbuatanmu, demikianlah firman Tuhan ALLAH.’ ”