Bible App logo
Ikon Carian

YEHEZKIEL 6:9 - Bandingkan Semua Versi

YEHEZKIEL 6:9 BM (Alkitab Berita Baik)

Di sana mereka akan hidup dalam buangan. Lalu mereka akan teringat Aku dan menyedari bahawa Aku telah menghukum dan mempermalukan mereka kerana mereka tidak setia kepada-Ku. Mereka telah meninggalkan Aku dan memilih berhala, dan bukan Aku. Mereka akan merasa jijik terhadap diri mereka sendiri kerana perbuatan yang jahat dan hina yang dilakukan mereka.

YEHEZKIEL 6:9 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Orangmu yang terselamat itu akan mengingat Aku di antara bangsa-bangsa tempat mereka ditawan, bagaimana Aku didukacitakan oleh hati mereka yang berbuat kafir dengan menjauh daripada-Ku, dan oleh mata mereka yang berbuat kafir dengan mengikuti berhala-berhala mereka. Mereka akan berasa muak pada diri mereka sendiri kerana kejahatan dan kekejian yang dilakukan mereka.