GALATIA 5:19-23
GALATIA 5:19-23 Alkitab Berita Baik (BM)
Keinginan tabiat manusia nyata dalam semua perbuatan cabul, lucah, dan tidak senonoh; dalam penyembahan berhala dan penggunaan ilmu sihir. Orang bermusuhan dan berkelahi; mereka cemburu, lekas marah, dan mementingkan diri sendiri. Mereka berpecah dan berpihak-pihak, mereka iri hati, suka mabuk, berpesta liar, dan sebagainya. Aku memperingatkan kamu sekarang sebagaimana aku telah memperingatkan kamu dahulu: Orang yang melakukan perbuatan-perbuatan itu tidak akan menikmati Pemerintahan Allah. Sebaliknya, inilah hasilnya jika orang dipimpin oleh Roh Allah: Mereka saling mengasihi, bersukacita, hidup rukun, sabar, berbudi, baik hati, setia, rendah hati, dan dapat mengawal diri. Tidak ada hukum yang melarang perkara-perkara seperti itu.
GALATIA 5:19-23 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Skarang adapun sagala pŭkŭrjaan hawa nafsu itu nyatalah, iya itu dŭmkian, bŭrzinah, dan bŭrsundalan, dan kachŭmaran, dan pŭrchabolan; Mŭnyŭmbah bŭrhala, dan hubatan, dan pŭrsŭtruan, dan pŭrbantahan, dan iri hati, dan pŭrkŭliehan, dan pŭrchŭdraan, dan salah fikiran dalam agama; Dan kadŭngkian, dan bunoh, dan mabok, dan pŭrlentean, dan barang sŭbagienya; maka deri hal pŭrkara itulah aku tŭlah bŭrkata pada kamu dahulu, spŭrti yang tŭlah kukatakan pada masa yang tŭlah lalu, bahwa marika itu yang bŭrbuat pŭrkara pŭrkara yang tŭrsŭbut itu, maka iya itu tiada kŭlak akan mŭmpusakai krajaan Allah. Tŭtapi buah buahan Roh itu, iya itu kasih, dan kasukaan, dan pŭrdamiean, dan panjang hati, dan lŭmah lŭmbut, dan kabajikan, dan sŭtia, Dan karŭndahan hati, dan mŭnahan nafsu; bahwa tiadalah hukum yang mŭlawan akan pŭrkara yang dŭmkian.
GALATIA 5:19-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kelakuan tabii manusia adalah nyata: perbuatan cabul, kecemaran dan kelucahan; menyembah berhala dan sihir; kebencian, perbalahan, hasad dengki, letusan kemarahan, cita-cita untuk kebesaran diri, perselisihan, berpuak-puak dan iri hati; kemabukan, berpesta keterlaluan, dan sebagainya. Tentang ini aku berkata kepadamu, sebagaimana sudah kukatakan kepadamu dahulu, bahawa orang yang mengamalkan perkara-perkara demikian tidak akan mewarisi kerajaan Allah. Sebaliknya, buah Roh ialah kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, lemah lembut dan penguasaan diri. Tiada hukum yang menentang segala ini.