KEJADIAN 12:1-5 - Compare All Versions

KEJADIAN 12:1-5 BM (Alkitab Berita Baik)

TUHAN berfirman kepada Abram, “Tinggalkanlah negerimu, kaum keluargamu, dan rumah bapamu; pergilah ke negeri yang akan Aku tunjukkan kepadamu. Aku akan memberi engkau keturunan yang banyak dan mereka akan menjadi satu bangsa yang besar. Aku akan memberkati engkau dan menjadikan namamu termasyhur, sehingga engkau menjadi berkat bagi bangsa-bangsa. Aku akan memberkati orang yang memberkati engkau, dan mengutuk orang yang mengutuk engkau. Melalui engkau, Aku akan memberkati semua bangsa di bumi.” Abram berumur 75 tahun ketika dia meninggalkan Haran, menurut perintah TUHAN kepadanya. Abram berangkat ke tanah Kanaan bersama-sama Sarai isterinya, Lot anak saudaranya, dan membawa semua harta benda serta hamba yang diperoleh mereka di Haran. Selepas mereka tiba di Kanaan

KEJADIAN 12:1-5 AVB (Alkitab Versi Borneo)

TUHAN berfirman kepada Abram, “Tinggalkanlah negerimu, sanak saudaramu dan rumah ayahmu serta pergilah ke negeri yang akan Kutunjukkan kepadamu. Aku akan membuat kamu menjadi suatu bangsa yang besar. Aku akan memberkati kamu dan menjadikan namamu hebat. Kamu akan menjadi suatu keberkatan! Aku akan memberkati mereka yang memohonkan berkat bagi engkau, dan Aku akan mengutuk mereka yang mengutuk engkau. Melalui engkau, semua kaum di bumi akan diberkati.” Maka berangkatlah Abram seperti yang TUHAN firmankan kepadanya, dan Lut turut pergi bersama-samanya. Abram berumur tujuh puluh lima tahun sewaktu dia meninggalkan Haran. Abram menuju Tanah Kanaan dengan membawa Sarai isterinya dan Lut anak saudaranya bersama-samanya, serta segala harta benda serta kalangan yang diperoleh mereka sewaktu di Haran. Lalu tibalah mereka di Tanah Kanaan.