KEJADIAN 17:12-13
KEJADIAN 17:11-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Mulai hari ini engkau mesti menyunatkan setiap bayi lelaki apabila dia berumur lapan hari. Ini termasuk hamba yang lahir di dalam rumahmu dan hamba yang dibeli daripada bangsa asing. Sunat itu akan menjadi tanda perjanjian antara engkau dengan Aku. Tiap-tiap lelaki mesti disunat; sunat ini akan menjadi tanda jasmani yang menunjukkan bahawa perjanjian-Ku dengan engkau itu abadi.
KEJADIAN 17:12-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Bagi kesemua keturunanmu, setiap anak lelaki berumur delapan hari mesti disunatkan, sama ada mereka yang dilahirkan di rumahmu atau yang dibeli daripada orang asing mana-mana pun yang bukan keturunanmu. Anak lelaki yang lahir di rumahmu ataupun yang dibeli dengan wang harus disunatkan. Demikianlah tanda peringatan perjanjian-Ku akan jelas kelihatan dan kekal pada tubuhmu.