IBRANI 1:1-2 - Bandingkan Semua Versi
IBRANI 1:1-2 BM (Alkitab Berita Baik)
Pada masa lampau, banyak kali Allah berfirman kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi dengan berbagai-bagai cara. Tetapi pada zaman akhir ini Dia telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya. Melalui Anak-Nya inilah Allah menciptakan alam semesta. Allah sudah menetapkan bahawa Anak-Nya inilah yang berhak memiliki segala sesuatu pada akhirnya.
IBRANI 1:1-2 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Allah telah berfirman pada pelbagai zaman dan dengan aneka cara kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi. Tetapi pada akhir zaman ini Allah telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya, yang telah dijadikan-Nya pewaris kepada segala-galanya; melalui Anak-Nya itu Allah telah mencipta alam semesta.
IBRANI 1:1-2 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
BAHWA Allah yang tŭlah bŭrfŭrman pada zaman dahulu bŭbrapa kali, dan dŭngan bŭrbagie bagie upaya kapada nenek moyang ulih nabi nabi. Maka pada akhir zaman ini pun Tuhan tŭlah bŭrfŭrman pada kita ulih anaknya, yang tŭlah ditŭntukannya mŭnjadi warith atas sŭmŭsta skalian, maka ulihnya juga iya tŭlah mŭnjadikan sagala alam.