IBRANI 12:5-6
IBRANI 12:5-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Janganlah lupa akan nasihat Allah, yang diberikan kepada kamu sebagai anak-anak-Nya: “Hai anak-Ku, perhatikan baik-baik apabila Tuhan menunjukkan kesalahanmu, dan janganlah kecil hati apabila Dia menghukum kamu. Tuhan menunjukkan kesalahan setiap orang yang dikasihi-Nya, dan menghukum setiap orang yang diakui-Nya sebagai anak.”
IBRANI 12:5-6 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka tŭrlupalah sudah angkau akan nasihat yang ada bŭrkata kata padamu spŭrti kapada kanak kanak, katanya, Anakku, janganlah kiranya angkau mŭmbŭnchikan sŭsah pŭngajaran Tuhan itu, atau bŭrlŭteh tŭtkala angkau ditŭgornya: Kŭrna kapada barang siapa yang dikasihi Tuhan itu disŭsahnya, danlagi dipukolnya tiap tiap anak yang ditrimanya.
IBRANI 12:5-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kamu telah melupakan nasihat yang disampaikan kepadamu seperti kepada anak-anak sendiri: “Anakku, jangan pandang ringan pengajaran Tuhan, dan jangan tawar hati apabila Dia menegurmu, kerana Tuhan mengajari orang yang dikasihi-Nya, dan menghukum sesiapa yang diterima-Nya sebagai anak.”