IBRANI 4:14-16
IBRANI 4:14-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, hendaklah kita berpegang teguh kepada pengakuan iman kita, kerana kita mempunyai Imam Agung yang besar, yang sudah masuk ke hadirat Allah. Dia Yesus, Anak Allah. Imam Agung kita ini bukanlah imam yang tidak dapat bersimpati terhadap segala kelemahan kita. Sebaliknya, kita mempunyai Imam Agung yang pernah dicubai dalam segala hal seperti kita sendiri, tetapi Dia tidak berbuat dosa! Oleh itu, marilah kita dengan penuh keberanian menghadap takhta Allah, kerana di situ rahmat-Nya melimpah. Di situ kita akan menerima belas kasihan-Nya dan mengalami kasih-Nya, pada masa kita memerlukan pertolongan.
IBRANI 4:14-16 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Sŭbab tampaklah ada pada kita sa’orang imam yang maha bŭsar, yang tŭlah masok kadalam shorga, iya itu Isa anak Allah; biarlah kami mŭmŭgang tŭgoh tŭgoh pŭngakuan kami itu. Kŭrna tiadalah kapada kami sa’orang Imam yang bŭsar yang tiada mŭnaroh insaf akan pŭrasaan sagala kalŭmahan kami, mŭlainkan iyalah yang tŭlah dichobai dŭngan sagala pŭrkara sama spŭrti kami ini juga adanya, akan tŭtapi iya tiada bŭrdosa. Maka sŭbab itu handaklah kami mŭnghampiri dŭngan hati brani kapada takhta rahmat itu, supaya kami bulih mŭndapat kamurahan, dan bŭrulih anugrah akan mŭnulong kami pada waktu kakorangan.
IBRANI 4:14-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Memandangkan kita mempunyai Imam Besar yang agung yang telah melalui syurga, iaitu Yesus Anak Allah, marilah kita berpegang teguh pada pengakuan kita. Kita tidaklah mempunyai Imam Besar yang tidak dapat merasakan kelemahan kita. Sebaliknya dalam segala hal Dia telah menghadapi godaan seperti yang kita hadapi, tetapi Dia tidak melakukan dosa. Oleh itu, marilah kita tampil dengan berani ke hadapan takhta kasih kurnia, supaya kita mendapat belas kasihan dan kasih kurnia untuk menolong kita ketika kita memerlukannya.