YESAYA 40:28-31
YESAYA 40:28-31 Alkitab Berita Baik (BM)
Tidakkah kamu tahu? Belumkah kamu mendengar? TUHAN ialah Allah yang kekal; Dialah yang menciptakan seluruh bumi. Dia tidak pernah letih atau lesu. Tiada sesiapa pun dapat menyelami fikiran-Nya. Dia menguatkan orang yang lemah, dan memberikan kekuatan kepada orang yang tidak berdaya. Orang muda pun menjadi letih dan lesu; anak muda pun jatuh kerana keletihan. Tetapi orang yang berharap kepada TUHAN akan mendapat kekuatan baru. Mereka seperti burung rajawali, yang terbang tinggi dengan kekuatan sayapnya. Mereka akan berlari dan tidak lelah; mereka akan berjalan dan tidak menjadi lemah.
YESAYA 40:28-31 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tidakkah kautahu, tidakkah kaudengar? TUHAN ialah Allah yang kekal, yang menciptakan hujung-hujung bumi. Dia tidak akan menjadi letih ataupun penat, pengertian-Nya tiada hadnya. Dia memberikan kekuatan kepada yang letih, dan menambah tenaga kepada mereka yang tidak berdaya. Orang muda menjadi letih dan penat, para teruna jatuh tersandung. Tetapi mereka yang menanti-nantikan TUHAN akan mendapat kekuatan baru. Mereka akan terbang tinggi dengan sayap seperti burung rajawali. Mereka akan berlari dan tidak menjadi penat, mereka akan berjalan dan tidak menjadi lesu.