YESAYA 46:10-11
YESAYA 46:10-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Sejak permulaan Aku telah menubuatkan hal yang akan datang; dari dahulu Aku telah meramalkan hal yang akan berlaku. Aku berfirman bahawa rancangan-Ku tidak akan gagal, bahawa Aku pasti melakukan segala kehendak-Ku. Aku memanggil seorang dari timur; dia akan menyambar seperti seekor burung helang, dia akan melaksanakan rancangan-Ku. Apa yang Aku firmankan pasti Aku laksanakan, apa yang Aku rancangkan pasti Aku lakukan.
YESAYA 46:10-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Akulah yang memberitahukan akhir sesuatu sejak awalnya, dan hal-hal yang belum terjadi sejak zaman dahulu. Firman-Ku, ‘Rancangan-Ku akan terlaksana. Aku akan melakukan segala kehendak-Ku.’ Kupanggil seekor burung pemangsa dari sebelah timur, pelaksana rancangan-Ku dari negeri yang jauh. Ya, Aku sudah berfirman dan Aku akan mewujudkannya. Aku sudah menetapkan dan Aku akan melaksanakannya.