YAKOBUS 4:1-10

YAKOBUS 4:1-10 Alkitab Berita Baik (BM)

Dari manakah datangnya semua perkelahian dan pertengkaran yang berlaku antara kamu? Semua itu berasal daripada keghairahan untuk kesenangan hidup, yang sentiasa bertentangan dalam diri kamu. Kamu mengingini sesuatu, tetapi tidak mendapatnya, maka kamu mahu membunuh. Kamu sangat menghendaki sesuatu, tetapi tidak dapat memperolehnya, maka kamu bertengkar dan berkelahi. Kamu tidak mendapat apa yang kamu ingini, kerana kamu tidak memintanya daripada Allah. Apabila kamu memintanya, kamu tidak mendapatnya, kerana tujuan kamu jahat. Apa yang kamu minta itu untuk kesenangan diri sendiri. Kamu orang yang tidak setia! Kamu tahu bahawa orang yang bersahabat dengan dunia menjadi musuh Allah. Oleh itu, sesiapa yang mahu bersahabat dengan dunia, menjadi musuh Allah. Janganlah anggap ringan ayat Alkitab ini, “Roh yang penuh dengan keinginan keras, ditempatkan oleh Allah dalam diri kita.” Meskipun demikian, rahmat yang diberikan oleh Allah lebih kuat. Itulah sebabnya di dalam Alkitab tertulis, “Allah menentang orang sombong, tetapi Dia merahmati orang yang rendah hati.” Oleh itu, taatlah kepada Allah. Lawanlah Iblis, maka Iblis akan lari daripada kamu. Hampirilah Allah, dan Allah pun akan menghampiri kamu. Basuhlah tangan kamu, hai kamu yang berdosa! Sucikanlah hati kamu, hai kamu yang munafik! Hendaklah kamu menyesal, menangis, dan meratap! Hendaklah ketawa kamu menjadi tangisan dan kegembiraan kamu menjadi kedukaan! Hendaklah kamu merendahkan diri di hadapan Tuhan, maka Dia akan meninggikan kamu.

YAKOBUS 4:1-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

MAKA deri manakah grangan datangnya prang prang dan pŭrkŭliehan itu diantara kamu? maka bukankah datangnya itu deripada hawa nafsu yang bŭrprang dalam sagala anggotamu? Kamu bŭrnafsu, tapi tiada dapat: maka kamu mŭmbunoh, dan bŭrkahandak akan mŭndapat, tiada kamu pŭrulih: maka kamu bŭrkŭlichi dan bŭrprang, tŭtapi tiada juga kamu dapat, ulih sŭbab tiada kamu minta. Maka kamu mŭminta, tapi tiada kamu mŭndapat, ulih sŭbab salah pintamu itu, kŭrna kahandakmu akan mŭnghabiskan dia dŭngan hawa nafsumu. Hie kamu laki laki dan pŭrampuan bŭrzinah, bukankah kamu tŭlah mŭngatahui, bahwa sahabat dunia itu iya itulah bŭrsŭtru dŭngan Allah? maka sŭbab itu barang siapa yang handak bŭrsahabat dŭngan dunia, maka iya itulah bŭrsŭtru dŭngan Allah. Adakah pada sangka kamu kitab Allah itu bŭrkata sia sia, iya itu Roh yang ada dalam diri kami itu inginkan akan kadŭngkian? Tŭtapi Tuhan mŭngurniakan tŭrlebih banyak rahmat, maka deri sŭbab itu katanya, bahwa Allah mŭlawan akan orang chongkak, tŭtapi dikurniakannya rahmatnya kapada orang yang mŭrŭndahkan dirinya. Maka sŭbab itu sŭrahkanlah dirimu kapada Allah, dan lawanlah akan iblis itu, maka iya kŭlak akan lari deripada kamu. Maka hampirilah akan Allah, maka iya pun kŭlak akan mŭnghampiri kamu. Suchikanlah tanganmu, hie orang orang bŭrdosa, dan suchikanlah hatimu, hie orang orang yang bŭrchabang ingatan. Duka chitalah dan mashol, dan mŭnangis: biarlah tŭrtawamu itu gantikan dŭngan mashol, dan tŭrmasamu itu gantikan dŭngan kadukaan. Maka rŭndahkanlah dirimu dihalrat Tuhan, iya kŭlak akan mŭninggikan kamu.