YEREMIA 31:33-34
YEREMIA 31:33-34 Alkitab Berita Baik (BM)
Inilah perjanjian baru yang akan Kubuat dengan umat Israel: Aku akan menyimpan hukum-Ku dalam batin mereka, dan menulisnya pada hati mereka. Aku akan menjadi Allah mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku. Tidak seorang pun antara mereka perlu mengajar sesamanya untuk mengenal TUHAN, kerana mereka semua, besar kecil, akan mengenal Aku. Aku akan melupakan kesalahan mereka dan mengampunkan dosa mereka. Aku, TUHAN, telah berfirman.”
YEREMIA 31:33-34 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Inilah perjanjian yang akan Kubuat dengan keturunan kaum Israel selepas zaman itu,” TUHAN berfirman, “Aku akan meletakkan hukum-Ku dalam fikiran mereka dan menuliskannya dalam hati mereka. Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umat-Ku. Tiada seorang pun daripada mereka akan mengajar jirannya atau saudaranya dengan berkata, ‘Kenalilah TUHAN,’ kerana semuanya, daripada yang terkecil kepada yang terbesar, akan mengenal Aku,” demikianlah firman TUHAN. “Aku akan mengampunkan kesalahan mereka dan tidak akan mengingati dosa mereka lagi.”