YOHANES 1:10-13
YOHANES 1:10-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Firman itu ada di dunia. Walaupun Allah menjadikan dunia ini melalui Dia, orang di dunia ini tidak mengenal Dia. Dia datang ke negeri-Nya sendiri, tetapi bangsa-Nya tidak menyambut Dia. Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak Allah. Mereka menjadi anak Allah bukan dengan jalan dilahirkan oleh manusia, tetapi Allah sendiri menjadikan mereka anak-anak-Nya.
YOHANES 1:10-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka adalah iya itu dalam dunia juga, maka dunia ini tŭlah dijadikannya, tŭtapi orang dunia ini tiada mŭngŭnal akan dia. Maka adalah iya tŭlah datang kanŭgrinya sŭndiri, tŭtapi kaumnya sŭndiri itu tiada mŭnŭrima akan dia. Tŭtapi sŭbrapa orang yang tŭlah mŭnŭrima akan dia itu, sŭrta pŭrchaya pula akan namanya, maka dibrinya kwasa kapada marika itu akan mŭnjadi anak anak Allah. Maka iya itu dipranakkan bukannya deripada darah, atau deripada kahandak hawa nafsu, atau deripada kahandak manusia, mŭlainkan deripada Allah adanya.
YOHANES 1:10-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dia berada di dunia, dan dunia telah dicipta melalui-Nya, namun manusia di dunia tidak mengenal-Nya. Dia datang kepada milik-Nya sendiri, tetapi milik-Nya tidak menerima-Nya. Namun demikian, Dia memberikan hak menjadi anak Allah kepada mereka yang menerima-Nya dan percaya dalam nama-Nya. Kelahiran mereka bukan melalui darah keturunan, atau kehendak manusia, atau kemahuan seorang lelaki, tetapi kerana perbuatan Allah.