YOHANES 1:9-14
YOHANES 1:9-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Inilah cahaya sejati, yang datang ke dunia untuk menerangi umat manusia. Firman itu ada di dunia. Walaupun Allah menjadikan dunia ini melalui Dia, orang di dunia ini tidak mengenal Dia. Dia datang ke negeri-Nya sendiri, tetapi bangsa-Nya tidak menyambut Dia. Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak Allah. Mereka menjadi anak Allah bukan dengan jalan dilahirkan oleh manusia, tetapi Allah sendiri menjadikan mereka anak-anak-Nya. Firman itu sudah menjadi manusia dan tinggal antara kita. Kita nampak kemuliaan-Nya, kemuliaan yang diterima-Nya sebagai anak tunggal Bapa. Melalui Dia, kasih Allah dan Allah sendiri ditunjukkan kepada kita.
YOHANES 1:9-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun iya itulah trang yang sŭbŭnarnya, yang tŭlah masok kadunia akan mŭnrangkan sagala manusia. Maka adalah iya itu dalam dunia juga, maka dunia ini tŭlah dijadikannya, tŭtapi orang dunia ini tiada mŭngŭnal akan dia. Maka adalah iya tŭlah datang kanŭgrinya sŭndiri, tŭtapi kaumnya sŭndiri itu tiada mŭnŭrima akan dia. Tŭtapi sŭbrapa orang yang tŭlah mŭnŭrima akan dia itu, sŭrta pŭrchaya pula akan namanya, maka dibrinya kwasa kapada marika itu akan mŭnjadi anak anak Allah. Maka iya itu dipranakkan bukannya deripada darah, atau deripada kahandak hawa nafsu, atau deripada kahandak manusia, mŭlainkan deripada Allah adanya. Maka adapun Kalimah itu tŭlah mŭnjadi manusia, sŭrta tinggal pula iya diantara kami, maka kita tŭlah mŭlihat kŭmuliannya, iya itu spŭrti kŭmulian Anak yang tunggal deripada Ayah itu, pŭnuhlah iya dŭngan anugrah dan kabŭnaran.
YOHANES 1:9-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Itulah cahaya benar yang menerangi setiap manusia, sedang mendatangi dunia. Dia berada di dunia, dan dunia telah dicipta melalui-Nya, namun manusia di dunia tidak mengenal-Nya. Dia datang kepada milik-Nya sendiri, tetapi milik-Nya tidak menerima-Nya. Namun demikian, Dia memberikan hak menjadi anak Allah kepada mereka yang menerima-Nya dan percaya dalam nama-Nya. Kelahiran mereka bukan melalui darah keturunan, atau kehendak manusia, atau kemahuan seorang lelaki, tetapi kerana perbuatan Allah. Firman itu menjadi manusia dan hidup dalam kalangan kita. Kita telah melihat kemuliaan-Nya sebagai Anak Tunggal yang datang daripada Bapa, penuh dengan kasih kurnia dan kebenaran.