YOHANES 14:16-17
YOHANES 14:16-17 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka aku akan mŭmohonkan kapada Ayah, dan iya nanti mŭmbri pŭnghiburan yang lain, supaya tinggal bŭrsama sama dŭngan kamu sampie slama lamanya. Iya itu Roh yang bŭnar yang tiada dapat ditrima ulih orang dunia, kŭrna iya tiada mŭlihat dia, dan tiada mŭngŭnal dia; tŭtapi kamu ini mŭngŭnal dia, kŭrna iya diam bŭrsama sama dŭngan kamu, dan iya itu kŭlak ada dalam kamu.
YOHANES 14:16-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku akan memohon kepada Bapa dan Bapa akan memberi kamu Penolong lain, yang akan bersama-sama kamu selama-lamanya. Dia Roh Allah, yang menunjukkan apa yang benar tentang Allah. Dunia tidak dapat menerima Dia, kerana dunia tidak dapat melihat Dia ataupun mengenal Dia. Tetapi kamu mengenal Dia, kerana Dia tinggal dengan kamu dan bersatu dengan kamu.
YOHANES 14:16-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku akan memohon kepada Bapa dan Bapa akan mengurniaimu Penolong yang akan menyertaimu selama-lamanya. Penolong itu Roh Kebenaran. Dunia tidak dapat menerima-Nya kerana tidak dapat melihat atau mengenal-Nya. Tetapi kamu mengenal-Nya kerana Dia tetap di dalammu dan akan ada di dalam dirimu.