YOHANES 17:22-23
YOHANES 17:22-23 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku memberi mereka kemuliaan yang Engkau berikan kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu, seperti Engkau dan Aku satu juga; Aku bersatu dengan mereka dan Engkau bersatu dengan Aku, supaya mereka benar-benar menjadi satu. Lalu dunia akan tahu bahawa Engkau mengutus Aku dan bahawa Engkau mengasihi mereka sebagaimana Engkau mengasihi Aku.
YOHANES 17:22-23 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka aku tŭlah brikan pada marika itu kŭmuliaan yang tŭlah angkau kurniakan akan daku supaya marika itu jadi suatu spŭrti kami ini suatu juga. Bahwa aku didalam marika itu dan angkau didalam aku, supaya marika itu jadi suatu dŭngan kŭsampornaan; dan supaya bulih dikŭtahui ulih isi dunia, bahwa angkau tŭlah mŭnyurohkan aku, sŭrta mŭngasihi marika itu spŭrti angkau tŭlah mŭngasihi aku.
YOHANES 17:22-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku memberi mereka kemuliaan yang Kauberikan kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu sebagaimana Kita adalah satu. Aku di dalam mereka dan Engkau di dalam-Ku, supaya mereka bersatu sepenuhnya. Dengan demikian dunia akan tahu bahawa Engkau sebenarnya telah mengutus-Ku, dan Engkau mengasihi mereka sebagaimana Engkau mengasihi-Ku.