YOHANES 18:15-18
YOHANES 18:15-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Simon Petrus dan seorang pengikut lain mengikuti Yesus. Pengikut lain ini dikenal oleh Imam Agung. Oleh itu pengikut itu masuk bersama-sama Yesus ke halaman rumah Imam Agung, sedangkan Petrus menunggu di luar, di hadapan pintu. Kemudian pengikut lain itu, keluar lagi. Dia bercakap dengan hamba perempuan yang menjaga pintu, lalu membawa Petrus masuk ke dalam. Hamba perempuan yang menjaga pintu itu berkata kepada Petrus, “Bukankah kamu salah seorang pengikut orang itu?” Petrus menjawab, “Bukan.” Pada waktu itu udara sejuk. Para hamba dan pengawal di situ sudah menyalakan api arang dan sedang berdiang. Petrus menghampiri mereka dan berdiri berdiang dengan mereka.
YOHANES 18:15-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka Simon Petros, dan lagi sa’orang murid yang lain itu pun ada mŭngikot Isa, adapun murid itu dikŭnal ulih kŭpala imam, sŭrta masoklah iya bŭrsama sama dŭngan Isa kŭdalam balerong kŭpala imam itu. Tŭtapi Petros ada bŭrdiri diluar pintu, maka kluar murid lain itu yang dikŭnal ulih kŭpala imam itu, sŭrta bŭrkata kata dŭngan pŭrampuan pŭnunggu pintu, lalu dibawanya Petros masok. Maka kata pŭrampuan yang mŭnunggu pintu itu kapada Petros, Bukankah angkau pun murid orang itu? Maka jawab Petros, Bukan. Maka bŭrdirilah bŭbrapa hamba dan lashkar disitu, yang tŭlah mŭnjadikan api deripada arang, kŭrna musim dingin; maka bŭrgangganglah marika itu, maka Petros pun ada bŭrdiri disitu bŭrsama sama bŭrganggang.
YOHANES 18:15-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Simon Petrus dan seorang murid lain ikut serta apabila Yesus dibawa pergi. Oleh sebab murid lain ini dikenali oleh imam besar, dia masuk bersama Yesus ke halaman rumah imam besar. Petrus menanti di luar, di hadapan pintu. Sejurus kemudian, murid lain yang mengenal imam besar itu keluar semula, bercakap dengan hamba perempuan yang menjaga pintu, lalu membawa Petrus masuk. Kemudian hamba perempuan penjaga pintu itu berkata kepada Petrus, “Bukankah kamu seorang daripada murid orang itu?” Petrus menjawab, “Bukan.” Hamba dan pegawai berdiri di situ setelah menyalakan api kerana pada masa itu hawa sejuk. Mereka sedang berdiang di situ. Petrus pun berdiri di situ dan berdiang bersama mereka.