YOHANES 18:25-27
YOHANES 18:25-27 Alkitab Berita Baik (BM)
Simon Petrus masih juga berdiri berdiang di situ. Semua orang lain di situ bertanya kepadanya, “Bukankah kamu salah seorang pengikut orang itu?” Petrus menjawab, “Bukan!” Seorang daripada hamba-hamba Imam Agung ada di situ. Dia saudara kepada orang yang telinganya dikerat oleh Petrus. Dia berkata kepada Petrus, “Bukankah kamu yang aku lihat di taman itu bersama-sama dia?” Petrus berkata lagi, “Bukan.” Tepat pada waktu itu ayam berkokok.
YOHANES 18:25-27 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bŭrmula maka Simon Petros ada lagi bŭrdiri bŭrganggang, maka kata orang padanya, Bukankah angkau pun sa’orang deripada murid murid orang itu? Maka bŭrsangkallah iya katanya, Bukan. Maka bŭrkata pula sa’orang lagi deripada sagala hamba imam bŭsar itu, maka iya itu kŭlorga orang yang diputuskan ulih Petros tŭlinganya itu, Bukankah aku tŭlah mŭlihat angkau didalam kŭbon bŭrsama sama orang itu? Maka bŭrsangkallah pula Petros lagi; maka skutika itu juga bŭrkokoklah ayam.
YOHANES 18:25-27 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Simon Petrus masih berdiri berdiang. Maka orang di situ bertanya kepadanya, “Bukankah kamu seorang daripada murid orang itu?” Petrus menjawab, “Bukan!” Seorang daripada hamba imam besar ada di situ. Dia saudara kepada hamba yang ditetak putus telinganya oleh Petrus. Dia berkata kepada Petrus, “Bukankah kamu yang kulihat di taman itu bersama-Nya?” Petrus menyangkal-Nya lagi, dan sejurus selepas itu, ayam berkokok.