YOHANES 2:1-11

YOHANES 2:1-11 Alkitab Berita Baik (BM)

Dua hari kemudian, ada majlis perkahwinan di kota Kana di negeri Galilea. Ibu Yesus di sana. Yesus dan pengikut-pengikut-Nya juga dijemput ke majlis tersebut. Apabila wain sudah habis, ibu Yesus berkata kepada Yesus, “Mereka kehabisan wain.” Yesus menjawab, “Puan, janganlah suruh Aku. Saat-Ku belum tiba.” Kemudian ibu Yesus berkata kepada pelayan-pelayan di situ, “Lakukan apa sahaja yang dikatakan-Nya kepada kamu.” Orang Yahudi mempunyai adat pembasuhan. Di situ ada enam buah tempayan untuk keperluan itu dan setiap tempayan isinya kira-kira seratus liter air. Yesus berkata kepada pelayan-pelayan itu, “Isilah tempayan-tempayan ini dengan air.” Mereka mengisi semua tempayan itu sehingga penuh. Lalu Yesus berkata kepada mereka, “Sekarang ambillah sedikit air itu dan hidangkannya kepada ketua majlis.” Mereka membawa air itu kepada ketua majlis. Ketua majlis itu mengecap air yang sudah berubah menjadi wain. Dia tidak tahu dari mana datangnya wain itu. (Hanya pelayan-pelayan yang menuang air itu yang mengetahuinya.) Oleh itu ketua majlis memanggil pengantin lelaki, lalu berkata kepadanya, “Biasanya orang menghidangkan wain terbaik terlebih dahulu, lalu apabila para tetamu sudah puas minum barulah wain biasa dihidangkan. Tetapi kamu menyimpan wain terbaik sehingga sekarang!” Itulah mukjizat pertama yang dilakukan oleh Yesus di Kana di negeri Galilea. Dia menyatakan kemuliaan-Nya dan pengikut-pengikut-Nya percaya kepada-Nya.

YOHANES 2:1-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

SŬBARMULA maka sŭtlah tiga hari, maka adalah orang kahwen dinŭgri Kana, tanah Galilia itu, maka bonda Isa pun adalah disitu. Maka Isa dŭngan murid muridnya pun dijŭmput oranglah pada pŭrjamuan kahwen itu. Adapun apabila kuranglah ayer anggor, maka bŭrkatalah bondanya itu kapada Isa, Dia orang tiada lagi ayer anggor. Maka jawab Isa, Hie pŭrampuan, apakah angkau pŭduli sama aku, kŭrna waktuku itu bŭlom sampie. Maka bŭrkatalah bondanya itu kapada hamba hamba itu, Barang apa yang disurohkan Isa padamu, pŭrbuatlah. Sŭbarmula maka adalah disana tŭrlŭtak anam buah tŭmpayau batu, sŭbab adat orang Yahudi buat buat tŭmpat mŭmbasoh, maka adalah muatan pada satu tŭmpayan itu dua atau tiga buyong ayer adanya. Maka kata Isa kapada orang orang itu, Isilah sagala tŭmpayan ini dŭngan ayer. Maka diisi oranglah sampie pŭnoh kŭmulotnya. Maka kata Isa kapada marika itu, Skarang chedoklah bawa pŭrgi kapada kŭpala pŭrjamuan itu. Maka dibawa oranglah pŭrgi. Shahadan apabila kŭpala pŭrjamuan itu mŭnchoba ayer yang dijadikan anggor itu, tŭtapi tiadalah dikŭtahuinya deri mana datangnya, mŭlainkan orang yang mŭnchedok itu tahu, maka dipanggillah ulih kŭpala pŭrjamuan itu akan mŭmplie laki laki. Sŭrta katanya, Bahwa adat sagala orang mŭngluarkan ayer anggor yang baik pada mulanya, maka apabila puas diminum orang, maka kumdian bahrulah dikluarkannya pula yang kurang baik itu; angkau tŭlah mŭuyimpan ayer anggor yang baik ini sampie skarang. Arkian maka inilah mujizat yang bŭrmula mula dipŭrbuat ulih Isa dinŭgri Ka’ana, tanah Galilia, sŭrta mŭnyatakan kamuliannya; maka pŭrchayalah murid muridnya akan dia.

YOHANES 2:1-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Pada hari yang ketiga, suatu majlis perkahwinan diadakan di kota Kana di negeri Galilea. Ibu Yesus turut hadir. Yesus dan murid-murid-Nya juga dijemput ke majlis itu. Apabila air anggur yang ada habis diminum, ibu Yesus berkata kepada-Nya, “Mereka kehabisan air anggur.” Yesus menjawab, “Puan, usahlah suruh Aku. Saat-Ku belum tiba.” Namun demikian, ibu Yesus berkata kepada pelayan-pelayan di majlis itu, “Buatlah apa sahaja yang disuruh-Nya.” Di situ ada enam buah tempayan yang digunakan untuk istiadat penyucian orang Yahudi. Tiap-tiap tempayan dapat memuat kira-kira seratus liter air. Yesus berkata kepada pelayan-pelayan, “Isilah tempayan-tempayan ini dengan air.” Mereka pun mengisi penuh keenam-enam tempayan itu. Setelah itu, Yesus berkata pula, “Sekarang ambillah sedikit air itu, bawanya kepada ketua majlis.” Mereka pun menghidangkan air itu kepada ketua majlis. Setelah ketua majlis merasa air yang telah menjadi air anggur itu, dia pun memanggil pengantin lelaki. Dia tidak tahu dari mana datangnya air anggur itu, tetapi para pelayan yang mengambil dan membawa air itu mengetahuinya. Dia berkata kepada pengantin lelaki, “Selalunya orang menghidangkan air anggur yang terbaik di awal majlis. Setelah tetamu banyak minum, dihidangkan pula air anggur yang biasa sahaja. Tetapi kamu menyimpan dahulu air anggur yang terbaik, sekarang baru dihidangkan!” Itulah mukjizat Yesus yang pertama dilakukan-Nya di Kana, Galilea. Dia menyatakan kemuliaan-Nya, maka murid-murid-Nya percaya kepada-Nya.