AYUB 32:6-9
AYUB 32:6-9 Alkitab Berita Baik (BM)
dan berkata demikian, “Aku ini masih muda, sedangkan kamu sudah tua, oleh itu aku takut dan ragu-ragu mengemukakan pendapatku. Fikirku, biarlah yang sudah lanjut usia bercakap, dan yang lebih tua membahagikan hikmat. Tetapi sebenarnya Roh Allah Yang Maha Kuasa yang memberikan hikmat kepada manusia. Orang menjadi bijak, bukan kerana lanjut umurnya; orang mengerti yang benar, bukan kerana tinggi usianya.
AYUB 32:6-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Elihu anak Barakheel, orang Bus itu, berkata, “Aku ini masih muda, sedangkan kamu sudah tua, sebab itu aku segan dan takut menyatakan pendapatku kepadamu. Fikirku, ‘Yang berumurlah yang harus berbicara, yang banyak tahunnyalah yang harus mengajarkan hikmah.’ Tetapi roh di dalam diri manusia, iaitu nafas Yang Maha Kuasa, itulah yang memberikan pengertian kepadanya. Bukan yang banyak umurnya yang bijak, bukan yang tua yang mengerti keadilan.