AYUB 42:2-6
AYUB 42:2-6 Alkitab Berita Baik (BM)
“Aku tahu, ya TUHAN, bahawa Engkau dapat melakukan segala sesuatu; Engkau dapat melakukan apa sahaja. Engkau bertanya sebabnya aku berani mempersoalkan hikmat-Mu, padahal aku tidak tahu apa-apa. Aku bercakap tentang perkara yang tidak aku mengerti, mengenai hal-hal yang terlalu ajaib bagiku ini. Engkau menyuruh aku mendengar ketika Engkau berfirman, dan memberikan jawapan apabila Engkau bertanya. Dahulu aku hanya mendengar tentang Engkau, tetapi kini aku sendiri melihat Engkau. Oleh itu, aku malu kerana segala perkataanku, dan dengan menyesal aku duduk dalam debu dan abu.”
AYUB 42:2-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Aku tahu bahawa Engkau sanggup melakukan apa-apa pun, dan rancangan-Mu tidak dapat dicegah. Firman-Mu, ‘Siapakah ini, yang meragukan hikmah-Ku dengan tidak berpengetahuan?’ Itulah sebabnya aku telah menyatakan apa yang tidak kufahami, hal-hal yang terlalu ajaib bagiku, yang tidak kuketahui. Firman-Mu, ‘Dengarlah, Aku hendak berfirman. Aku hendak bertanya kepadamu, dan engkau harus menjawab Aku.’ Dahulunya, Engkau hanya kudengar melalui telinga, tetapi sekarang aku melihat Engkau dengan mataku. Oleh sebab itu aku memandang hina diriku, dan duduk menyesal dalam debu dan abu.”