LUKAS 11:1-12

LUKAS 11:1-12 Alkitab Berita Baik (BM)

Pada suatu hari, Yesus berdoa di suatu tempat. Setelah Dia berdoa, salah seorang pengikut-Nya berkata kepada-Nya, “Ya Tuhan, ajarlah kami berdoa sebagaimana Yohanes mengajar pengikutnya berdoa.” Yesus berkata kepada mereka, “Berdoalah demikian, ‘Ya Bapa, Engkaulah Allah yang Esa. Semoga Engkau disembah dan dihormati. Engkaulah Raja kami. Semoga Engkau memerintah di bumi. Berilah kami makanan yang kami perlukan setiap hari. Ampunkanlah dosa kami, kerana kami pun mengampuni setiap orang yang bersalah terhadap kami. Dan janganlah biarkan kami kehilangan iman ketika dicubai.’ ” Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Seandainya seorang daripada kamu pergi ke rumah kawannya pada tengah malam, lalu berkata, ‘Hai kawan, pinjami aku tiga ketul roti, kerana sahabatku yang sedang dalam perjalanan singgah di rumah, dan aku tidak mempunyai makanan untuk dia!’ Seandainya kawanmu itu menjawab dari dalam, ‘Janganlah susahkan aku! Pintu sudah dikunci dan aku dengan anak-anak sudah tidur. Aku tidak dapat bangun dan memberikan apa-apa kepada kamu.’ ” Yesus berkata, “Lalu bagaimana? Ketahuilah, meskipun kamu kawannya, dia tidak mahu bangun dan memberikan roti kepada kamu. Tetapi kerana kamu tidak segan untuk terus-menerus meminta, dia akan bangun lalu memberikan apa sahaja yang kamu perlukan. Oleh itu Aku berkata kepada kamu: Mintalah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan menerimanya. Carilah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan mendapatnya. Ketuklah pintu, maka Allah akan membukanya bagi kamu. Hal itu demikian kerana setiap orang yang meminta sesuatu daripada Allah akan menerimanya; setiap orang yang mencari sesuatu daripada Allah akan mendapatnya, dan Allah akan membuka pintu bagi setiap orang yang mengetuknya. Siapakah antara kamu selaku bapa akan memberikan ular kepada anaknya ketika dia meminta ikan? Atau adakah kamu akan memberikan kala jengking ketika dia meminta telur?

LUKAS 11:1-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

MAKA skali pŭrstua tŭngah iya sudah mŭminta doa dalam suatu tŭmpat, sŭtlah habis, sa’orang deripada murid muridnya kata kapadanya, Tuhan, ajarkanlah kami mŭminta doa spŭrti yang diajarkan ulih Yahya akan murid muridnya. Maka katanya kapada marika itu, Apabila kamu mŭminta doa, kata, Ayah kami yang ada dishorga, suchilah kiranya namamu, krajaanmu datanglah, kahandakmu jadilah spŭrti dalam shorga dŭmkianlah dibumi: Brilah akan kami sa’hari harian rŭzki kami: Dan ampunilah akan dosa kami, kŭrna kami pun mŭngampuni akan sagala orang yang bŭrsalah kapada kami, dan janganlah bawa kami kŭdalam pŭrchobaan, mŭlainkan lŭpaskanlah kami deripada yang jahat. Maka katanya kapada marika itu, Siapakah deripada kamu ada sa’orang sahabat, maka angkau handak pŭrgi kapadanya tŭngah malam, dan bŭrkata kapadanya, sahabat, brilah pinjam akan daku tiga buah roti; Kŭrna sa’orang sahabat dalam pŭrjalannya tŭlah datang kapadaku, maka suatu pun tiada kapadaku handak kuhadapkan kapadanya. Maka orang yang deri dalam akan mŭnjawab, katanya, Janganlah mŭnyusahkan aku, pintu itu sudah tŭrtutop skarang, maka anak anakku pun ada bŭrsama sama aku ditŭmpat tidor, tiadalah bulih aku bangun dan mŭmbri akan dikau. Aku bŭrkata kapadamu, mŭski pun iya tiada bangun mŭmbri akan dia, sŭbab sahabatnya, tŭtapi sŭbab diringek ringeknya, nanti iya bangun mŭmbri akan dia brapa banyak iya mahu. Maka aku bŭrkata kapadamu, pinta, maka kŭlak akan dibri kapadamu; chari, maka angkau akan mŭndapat; kŭtoklah, maka kŭlak akan dibukakan kapadamu. Kŭrna barang siapa yang mŭminta, akan dibrinya; dan orang yang mŭnchari, akan mŭndapat; dan kapada orang yang mŭngŭtok kŭlak akan dibukakan. Jikalau sa’orang anak kŭlak mŭminta roti kapada barang siapa deripada angkau, iya itu sa’orang bapa, ta’kan iya mŭmbri akan dia sa’buah batu? atau jikalau dipintanya sa’ekor ikan, ta’kan dibrinya ganti ikan itu sa’ekor ular? Atau jikalau kiranya dipintanya sa’biji tŭlor, ta’kan dibrinya sa’ekor kalajŭngking?

LUKAS 11:1-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Yesus berdoa di suatu tempat dan setelah Dia berhenti, seorang daripada murid-Nya berkata, “Tuhan, ajarlah kami berdoa seperti Yohanes mengajar murid-muridnya.” Yesus berkata kepada mereka, “Apabila kamu berdoa, katakanlah: ‘Ya Bapa, Sucilah Nama-Mu; Datanglah kerajaan-Mu; Berilah kami makanan setiap hari; Ampunkanlah dosa-dosa kami, sebagaimana kami mengampuni setiap orang yang bersalah terhadap kami; janganlah biarkan kami tergoda.’ ” Yesus meneruskan kata-Nya, “Siapakah antara kamu yang akan pergi kepada sahabatnya pada lewat malam lalu berkata kepadanya, ‘Hai sahabat, pinjamilah aku tiga buku roti kerana seorang sahabatku telah singgah di rumahku dalam perjalanannya dan aku tiada makanan apa-apa untuk dihidangkan.’ Sahabat itu menjawab dari dalam rumahnya, ‘Janganlah ganggu aku kerana pintu sudah dikunci dan kami semua telah pun masuk tidur. Aku tidak dapat bangun dan memberikan apa-apa.’ ” Yesus berkata, “Aku berkata kepadamu bahawa sungguhpun, dia tidak mahu bangun memberikan pinjaman itu kepadamu kerana kamu sahabatnya, tetapi dia akan bangun juga dan memberikan pinjaman seberapa banyak yang kamu perlukan kalau kamu tidak segan untuk terus meminta daripadanya. Oleh itu, Aku berkata kepadamu: Mintalah, dan kamu akan menerimanya; carilah, dan kamu akan mendapatnya; ketuklah pintu, dan pintu akan dibuka untukmu. Setiap orang yang meminta akan menerima, setiap orang yang mencari akan mendapat; dan setiap orang yang mengetuk, pintu akan dibuka untuknya. Bapa yang manakah antara kamu akan memberikan ular kepada anaknya yang meminta ikan, atau memberikan kala jengking kalau dipintanya telur?