LUKAS 15:4-7 - Bandingkan Semua Versi
LUKAS 15:4-7 BM (Alkitab Berita Baik)
“Andaikata seorang daripada kamu mempunyai seratus ekor domba, lalu kehilangan seekor, apakah yang akan dilakukannya? Tentu dia akan meninggalkan domba yang sembilan puluh sembilan ekor di padang rumput, lalu pergi mencari yang hilang itu sehingga dapat. Apabila dia menjumpai domba itu, dia memikulnya pada bahu. Dengan sukacita dia membawa domba itu pulang. Setelah itu dia memanggil kawan dan jirannya, lalu berkata kepada mereka, ‘Marilah kita bergembira! Dombaku yang hilang sudah aku jumpai semula!’ Ketahuilah bahawa demikian juga di syurga ada kegembiraan yang lebih besar kerana seorang berdosa bertaubat, daripada kegembiraan kerana sembilan puluh sembilan orang berhormat yang berpendapat mereka tidak perlu bertaubat.”
LUKAS 15:4-7 AVB (Alkitab Versi Borneo)
“Jika seorang antara kamu mempunyai seratus ekor domba lalu kehilangan seekor, apakah yang akan dilakukannya? Dia akan meninggalkan sembilan puluh sembilan ekor domba di padang lalu pergi mencari domba yang hilang itu sehingga ditemukannya. Setelah dia menemukannya, dia memikul domba itu di atas bahunya. Setibanya di rumah, dia memanggil sahabat-sahabat dan jiran tetangganya lalu berkata, ‘Bergembiralah dengan aku kerana aku telah menemukan domba aku yang hilang itu.’ Aku berkata kepadamu bahawa begitu jugalah kegembiraan di syurga kerana seorang yang berdosa bertaubat lebih daripada kegembiraan ke atas sembilan puluh sembilan orang yang benar yang tidak perlu bertaubat.”
LUKAS 15:4-7 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Katanya, Siapakah deri pada kamu yang ada sa’ratus ekor kambing, jikalau iya hilang sa’ekor deripadanya, tiadakah iya mŭninggalkan sŭmbilan puloh sŭmbilan ekor itu dipadang, maka iya pŭrgi mŭnchari yang hilang itu sampielah didapatinya akan dia. Maka apabila didapatinya akan dia, dibuboh dibahunya dŭngan suka chitanya. Maka apabila datanglah iya kŭrumah, dipanggilnyalah sagala sahabatnya, dan orang orang sa’kampongnya, katanya kapadanya, Bŭrsukalah bŭrsama sama dŭngan aku, kŭrna aku tŭlah mŭndapat kambingku yang tŭlah hilang itu. Aku bŭrkata kapadamu, dŭmkianlah adanya kŭsukaan itu dalam shorga, apabila sa’orang orang bŭrdosa itu bŭrtaubat tŭrlebih pula deripada sŭmbilan puloh sŭmbilan orang bŭnar itu yang tiada bŭrguna bŭrtaubat.