LUKAS 24:31-32
LUKAS 24:31-32 Alkitab Berita Baik (BM)
Maka sedarlah mereka bahawa orang itu Yesus. Tetapi Yesus lenyap daripada pandangan mereka. Mereka bercakap sesama sendiri, “Tidakkah hati kita berasa seperti meluap, ketika Dia berkata-kata kepada kita di tengah jalan dan menerangkan isi Alkitab kepada kita?”
LUKAS 24:31-32 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka tŭrbukalah mata marika itu, lalu dikŭnal marika itu akan dia, maka raiblah iya deripada pŭnglihatan marika itu. Maka kata marika itu sa’orang kapada sa’orang, bukankah tŭrgalak hati kita sŭmŭnjak iya bŭrkata kata dŭngan kita dijalan, dan sŭmŭnjak dibukakannya bagie kami kitab kitab itu.
LUKAS 24:31-32 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada ketika itu juga mata mereka dicelikkan dan mereka pun mengenali Dia. Lalu Dia lenyap daripada pandangan mereka. Mereka berkata satu sama lain, “Bukankah hati kita meluap-luap ketika Dia berkata-kata kepada kita dalam perjalanan tadi dan semasa Dia menerangkan Kitab Suci kepada kita?”