LUKAS 4:5-8
LUKAS 4:5-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Lalu Iblis membawa Yesus ke tempat yang tinggi, dan dalam sekelip mata Iblis menunjukkan segala kerajaan di dunia kepada-Nya. “Aku akan memberikan segala kekuasaan dan kekayaan ini kepada-Mu,” kata Iblis kepada Yesus. “Semuanya ini telah diberikan kepadaku, dan aku berhak memberikannya kepada sesiapa sahaja yang aku suka. Semua ini akan menjadi milik-Mu, jika Engkau sujud menyembah aku.” Yesus menjawab, “Di dalam Alkitab tertulis, ‘Sembahlah Tuhan Allahmu dan abdikan diri kepada Dia sahaja!’ ”
LUKAS 4:5-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka Iblis itu pun mŭngambil akan dia dibawanya naik ka’atas sa’buah gunong tinggi, diunjokkannya kapadanya sagala krajaan dunia ini dalam sŭsaat jua lamanya. Maka kata Iblis itu kapadanya, Sagala kwasa ini akan kubrikan kapadamu sŭrta sagala kŭmuliaannya, kŭrna iya itu tŭlah disŭrahkan kapadaku, dan kapada barang siapa yang kukahandaki brikan dia. Maka sŭbab itu jikalau angkau mahu mŭnyŭmbah aku, skalian itu jadi angkaulah punya. Maka jawab Isa, sŭrta katanya kapadanya, Lalulah angkau kablakangku Shietan, kŭrna tŭlah tŭrtulis, Patutlah angkau mŭnyŭmbah akan Tuhan Allahmu, dan kapadanyalah sahja patut angkau bŭribadat.
LUKAS 4:5-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Iblis membawa Yesus ke satu tempat yang tinggi lalu dalam sekelip mata, Iblis menunjukkan kepada-Nya semua kerajaan di dunia. Iblis berkata kepada-Nya, “Segala kekuasaan ini dengan kemuliaannya akan kuberikan kepada-Mu kerana semuanya itu telah diserahkan kepadaku dan aku boleh memberikannya kepada sesiapa jua yang aku suka. Jadi, jika Engkau menyembahku, semuanya itu akan menjadi kepunyaan-Mu.” Tetapi Yesus menjawab, “Telah tersurat, ‘Hendaklah engkau menyembah Tuhan, Allahmu dan kepada-Nya sahaja engkau beribadat.’ ”