LUKAS 6:35
LUKAS 6:35 Alkitab Berita Baik (BM)
Bukan demikian! Hendaklah kamu mengasihi musuh kamu dan berbuat baik kepada mereka. Berikan pinjaman dan jangan harap pinjaman itu dikembalikan. Lalu kamu akan mendapat pahala besar dan kamu akan menjadi anak-anak Allah Yang Maha Tinggi. Allah baik kepada orang yang tidak tahu berterima kasih dan orang jahat.
LUKAS 6:35 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi kasihlah kamu akan musoh musohmu, dan bŭrbuatlah baik, dan brilah pinjam, maka satu pun janganlah harap akan dibalas lagi; maka fahalamu itu akan jadi bŭsar, maka kamu kŭlak akan mŭnjadi kanak kanak yang maha tinggi, kŭrna iya mŭngasihi akan orang yang tiada mŭnŭrima kasih, dan kapada yang jahat.
LUKAS 6:35 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi kamu hendaklah mengasihi musuhmu; kamu hendaklah berbuat baik kepadanya dan kamu hendaklah meminjami orang dengan tidak mengharapkan apa-apa. Besarlah ganjaranmu kelak dan kamu akan menjadi anak-anak Allah Yang Maha Tinggi kerana Dia baik kepada orang yang tidak mengenang jasa dan kepada orang zalim.