LUKAS 7:7-9
LUKAS 7:7-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Saya sendiri pun tidak layak menghadap tuan. Perintahkanlah sahaja, tentu hamba saya akan sembuh. Saya pun di bawah perintah perwira atasan, dan di bawah saya juga ada askar-askar lain. Apabila saya menyuruh seorang askar, ‘Pergi!’ dia pun pergi; dan apabila saya menyuruh seorang askar lain, ‘Ke mari!’ dia pun datang. Apabila saya menyuruh hamba saya, ‘Buatlah ini!’ dia pun melakukannya.” Yesus hairan mendengar hal itu. Dia berpaling lalu berkata kepada orang ramai yang sedang mengikuti-Nya, “Belum pernah Aku jumpai orang yang beriman sebesar ini, bahkan di kalangan orang Israel pun tidak!”
LUKAS 7:7-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itu, bahwasanya aku bŭrfikir, aku pun sŭndiri tiada layak datang kapada Tuhan, mŭlainkan katalah sa’patah kata, maka hambaku itu akan disŭmbohkan. Kŭrna aku pun sa’orang yang dibawah prentah, maka ada pula dibawahku rayat, maka aku bŭrkata kapada sa’orang, pŭrgi, maka pŭrgilah iya; dan kapada yang lain, mari, maka datanglah iya; dan kapada hambaku, buatlah ini, maka dibuatnya itu. Maka apabila didŭngar Isa akan pŭrkara ini, maka hieranlah iya akan dia, lalu bŭrpalinglah iya, sambil bŭrkata kapada orang orang yang mŭngikot dia, Aku bŭrkata kapadamu, bŭlomlah aku mŭndapat iman sŭtŭgoh ini, tidak, dalam orang Israil pun tidak.
LUKAS 7:7-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku juga tidak layak datang untuk menemui Tuan. Perintahkanlah sahaja, tentu hambaku akan sembuh. Aku juga di bawah perintah orang atasan dan aku ada askar di bawah tanganku. Apabila aku menyuruh seorang askar, ‘Pergi!’ dia pun pergi. Apabila aku menyuruh askar lain, ‘Mari!’ dia pun datang. Apabila aku menyuruh hambaku, ‘Buat ini!’ dia melakukannya.” Yesus terkagum mendengarnya lalu Dia berpaling kepada orang ramai yang mengikut-Nya sambil berkata, “Aku berkata kepadamu, Belum pernah Kutemui orang yang demikian teguh imannya, walau di Israel pun.”