MATIUS 1:18-19
MATIUS 1:18-19 Alkitab Berita Baik (BM)
Inilah kisah kelahiran Yesus Kristus. Ibu-Nya, Maria, bertunang dengan Yusuf. Tetapi sebelum mereka berkahwin, Maria sudah mengandung kerana kuasa Roh Allah. Yusuf seorang yang taat kepada hukum agama, tetapi dia tidak mahu mempermalukan Maria di hadapan umum. Oleh itu Yusuf berniat memutuskan pertunangan itu secara diam-diam.
MATIUS 1:18-19 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Alkesah adapun pri kŭjadian Isa Almasih adalah dŭmkian: Shahadan adapun Mŭriam Ibunya itu sudahlah bŭrtunangan dŭngan Yusof: maka sabŭlom marika itu bŭrdamping, maka nyatalah Mŭriam itu tŭlah mŭngandong dŭngan kuasa Roh Alkudus. Maka Yusof tunangannya itu, sŭbab orang yang bŭnar, dan tiadalah iya mahu mŭmbri malu nyata nyata akan dia, maka iya bŭrfikirlah handak mŭmbuangkan dia diam diam.
MATIUS 1:18-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Inilah kisah kelahiran Yesus Kristus: Ibu-Nya, Maria bertunang dengan Yusuf, tetapi sebelum perkahwinan mereka dilangsungkan, ternyata Maria mengandung melalui Roh Kudus. Yusuf, seorang yang salih, tidak mahu memalukan Maria di mata masyarakat. Dia berniat memutuskan pertunangan mereka secara diam-diam.