MATIUS 13:16-17
MATIUS 13:16-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi kamu sangat bertuah! Mata kamu melihat dan telinga kamu mendengar. Ketahuilah! Banyak nabi dan orang yang melakukan kehendak Allah ingin melihat apa yang kamu lihat sekarang ini, tetapi tidak dapat melihatnya. Mereka ingin mendengar apa yang kamu dengar tetapi tidak dapat mendengarnya.”
MATIUS 13:16-17 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi bŭrbahgialah mata kamu, kŭrna iya mŭlihat, dan tlinga kamu kŭrna iya mŭnŭngar. Kŭrna sasungguhnya aku bŭrkata kapadamu, bahwa banyaklah nabi dan orang orang bŭnar tŭlah bŭrkahandak akan mŭlihat pŭrkara yang kamu lihat ini, maka tiada juga dapat dilihatnya; dan handak mŭnŭngar pŭrkara yang kamu dŭngar, maka tiada juga dapat didŭngarnya.
MATIUS 13:16-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi diberkatilah matamu kerana melihat, dan telingamu kerana mendengar. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, ramai nabi dan orang yang benar berhasrat melihat apa yang kamu lihat tetapi tidak melihatnya dan mendengar apa yang kamu dengar tetapi tidak mendengarnya.”